F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.
Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.
"Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.
"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.
"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.
Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.
- Bernama
Kembara Jr.......... kita tengoklah besok atau lusa, lepas satu, satu barangan lain akan naik harga lantaran kenaikan harga barang yang diumunkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia. Mereka semua tidak merasakan kenaikan ini tetapi kita rakyat yang berpendapatan tidak seberapa ini yang menangung bebanannya. Apapun terpaksalah kita mengawal perbelanjaan kita untuk meneruskan kehidupan. Itu saja caranya yang kita ada.
0 Komen pengunjong :