Tanpa Gangguan Polis Perhimpunan Berjalan Lancar

Seramai 10,000 orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu. Orang ramai telah membanjiri Masjid Kampung Baru seawal pagi lagi untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Berbagai bangsa dan ugama menyertai perhimpunan kali ini. Mereka sepakat untuk mengatakan bantahan mereka terhadap Israel.
Dipimpin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan disertai Timbalan Presiden Pas dan Lim Kit Siang mereka bergerak lancar ke Kedutaan Amerika apabila tidak dihalang sepenohnya oleh polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.

Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.

Kembara Jr ..... Perhimpunan semalam berjalan lancar, kerana tidak  diganggu pehak polis sebagaimana biasa yang dilakukan polis apabila ada saja perhimpunan / perarakan  samada kecil atau besar yang dikendalikan oleh pembangkang.

Sebagai rakyat kami minta dari pehak polis ialah satu saja, dalam kepentingan bersama ni tak usahlah fikir sangat Umno/BN ke atau Pakatan Pembangkang yang anjur.sesuatu perhimpunan tu. Gunakanlah akal fikiran yang Allah kurniakan untuk buat keputusan dan janganlah guna perasaan atau kepala lutut. Selama ni kerana guna dua element inilah yang jadi haru biru.

Soal keselamatan usahlah selalu dijadikan alasan untuk tidak membenarkan berhimpun atau berarak. Sentimen orang Malaysia kita tidak lagi sampai ketahap sebagaimana rakyat Indonesia, Thailand atau Filipina.
Sebagai bukti tengoklah perarakan semalan, perjalanan berjalan dengan aman dan lancar  apabila pehak polis tidak cuba mengganggu atau membuat sebarang provokasi.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :