Najib ‘Terpaksa’ Lulus Judi Sukan, Rela Berdepan Protes Umno Sendiri

Kedegilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik kelulusan lesen judi sukan menunjukkan Umno Barisan Nasional dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan politik mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan nekad itu dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yakin Najib tidak akan tunduk pada desakan pelbagai pihak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan itu sekalipun ia datangnya dari parti pimpinannya sendiri.

Rentetan bantahan Pakatan Rakyat terhadap kelulusan judi sukan, Umno Johor pula mengikut langkah sama apabila membuat kenyataan menolak sebarang pertaruhan judi sukan. Senario itu mengikut telahan Shamsul, menunjukkan bantahan judi sukan yang dipelopori Pakatan Rakyat member keinsafan kepada sebahagian ahli dan pemimpin akar umbi Umno sendiri.

Malah, desas desus mengenai tiga ADUN Perak dari Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dikatakan bertitik tolak dari alasan berkaitan kelulusan lesen judi sukan.

0 Komen pengunjong :