Kerajaan Umno/BN Tidak Perihatin Permasalahan Sukarelawan Gaza

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak mengiktiraf pengorbanan sukarelawan yang terselamat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lepas.

Katanya, faktor alasan kewangan tidak dapat diterima sama sekali tetapi beliau berasakan ini berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kontrak yang dimeterai antara kerajaan Umno-BN dan Apco. Kerajaan Malaysia nampaknya seperti terikat dan mengikut telunjuk untuk mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Mustaffa Kamil Ayub mengatakan beliau juga sangsi dengan begitu lambatnya tindakan dari Perdana Menteri berhubung serangan komando rejim zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmarra. Kontrak yang dimeterai Najib dengan syarikat Apco Worldwide lah yang menjadi satu sebab kenapa kerajaan Umno-BN bersikap sederhana terhadap sukarelawan Malaysia yang terselamat, ujarnya lagi ketika dihubungi.

Sebelum itu, media melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel dengan alasan ianya
akan membabitkan kos yang tinggi.


Kembara Jr.......... sebagai sebuah kerajaan yang perihatin dan bertanggong jawab terhadap keselamatan rakyatnya, Kerajaan Malaysia tidak akan berlengah-lengah untuk membawa pulang rakyatnya yang terselamat apabila mendapat tahu yang rakyatnya terselamat. Namun dengan alasan membabitkan kos yang tinggi tiada apa-apa yang dibuat oleh Umno/BN.

Lihat lah betapa rendahnya nilai rakyat buat Umno/BN. Mereka perlukan rakyat hanya semasa mengundi bagi memenangkannya. Itu saja nilai rakyat bagi puak-puak ini.

Wahai rakyat semua, khususnya penyokong Umno/BN, sudah terang lagi bersuloh, jadi buat apa lagi dok sokong puak-puak ini. Kamu semua tak ada nilai bagi mereka. Jom, ramai-ramai pakat sokong Pakatan Rakyat.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn.

0 Komen pengunjong :