JI: Asri Dan Zamihan Dakwa Mendakwa

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Isu dakwaan empat tokoh agama dan politik dengan fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) kini menjurus kepada pertembungan personaliti dengan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin “terus berdusta.”

“Merujuk kepada kenyataan Zamihan bahawa dalam pembentangannya kepada pihak penguat kuasa dan wakil-wakil universiti (Isnin lalu), beliau hanya menyebut Dr Asri sepemikiran dengan Wahabi.

“(Zamihan) katanya tafsiran itu dibuat berdasarkan tulisan Dr Asri (saya) melalui sebuah buku Bid’ah: Istilah yang disalahfahami yang diterbitkan beberapa tahun lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini bagi menjawab reaksi balas Zamihan pagi ini.

Asri menambah, Zamihan mendakwa beliau ‘salin dan tampal’ pandangannya yang menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan amalan orang Kristian.

“Zamihan menambah, pandangan yang ‘keras’ sebegitu jika tidak dibendung boleh menjurus ke arah pendekatan “radikal” di negara ini”,” katanya.

Oleh itu tegas Asri, ia adalah satu pendustaan yang nyata kerana dalam buku berjudul Bid’ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemkian.

“Sekadar yang ada sentuhan yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian. Oleh itu, saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu,” kata Asri lagi.

0 Komen pengunjong :