Gempa Bumi Kuat Landa Lautan Hindi : Amaran Tsunami Buat Malaysia

13/06/2010 6:15am

PORT BLAIR, India 13 Jun - Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.5 melanda Lautan Hindi berhampiran Kepulauan Nicobar hari ini, mencetuskan amaran tsunami, kata pegawai Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Tidak ada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan, bagaimanapun orang ramai lari ketakutan dari rumah mereka, kata saksi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di semua kawasan Lautan Hindi termasuk India, Indonesia, Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Malaysia.

- REUTERS

Kembara Jr.......... Kepada rakyat Malaysia, Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah mengeluarkan amaran tsunami termasuklah negara kita. Jika benar tsunami berlaku, ikutlah nasihat dan arahan dari pehak berkuatkuasa negara kita.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :