Felda Bakal Saman Suara Keadilan

felda logoKUALA LUMPUR: Felda hari ini merancang untuk menyaman akhbar mingguan Suara Keadilan kerana menyiarkan tuduhan fitnah terhadap syarikat konglomerat itu.

Menyiarkan berita utama di muka hadapan yang bertajuk "Felda Bangkrap" keluaran bertarikh 22-29 Jun 2010, Felda akan menamakan beberapa tokoh pemimpin PKR dan editorial akhbar itu.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Antara pemimpin PKR yang bakal dinamakan termasuklah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat Datuk Zaid Ibrahim, Pengerusi Biro Felda Suhaimi Said, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemilik permit akhbar, dan Ketua Pengarang Suara Keadilan.

-FMT

0 Komen pengunjong :