Dedahkan Maklumat Terperinci! – Azmin

tanjong-pagar-railway-station-pictures-11
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini didesak supaya mendedahkan maklumat terperinci kepada Parlimen berhubung "cadangan khusus" Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengenai pertukaran tanah sebelum menandatangani sebarang perjanjian. Bagi menjawab kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa Malaysia akan mencapai kata sepakat dengan Singapura menjelang September, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata,
"Adalah pelik apabila Singapura bersetuju dengan Malaysia berhubung beberapa perkara yang selama ini menjadi pertikaian jika Singapura tidak memperolehi apa yang mereka mahu."
"Kita prihatin bagaimana sesuatu isu yang berlarutan sekian lama boleh secara tiba-tiba diselesaikan dalam tempuh tiga bulan.  Ini sangat membimbangkan," tambahnya.
Dilaporkan Najib dan Lee mengadakan mesyuarat selama 45 minit dan bersetuju untuk mencapai kata sepakat mengenai tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura dalam tempuh tiga bulan.
Najib berkata Lee telah mengemukakan "cadangan khusus untuk tawaran pertukaran tanah" dan Malaysia akan "mengkajinya secara terperinci."
Najib bagaimanapun, tidak mendedahkan isi cadangan itu.

- FMT

0 Komen pengunjong :