Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengecam Israel di Dewan Rakyat semalam kerana negara secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu. Menurut Harakah Daily, Mahfuz berkata perdagangan komersil dengan Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri dahulu.
“Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan Zionis ini,” kata beliau.
Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, kerajaan dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan rejim berkenaan secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.
Tidak cukup dengan itu, katanya pentadbiran Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara Israel pada Mei lalu.
Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia.

“Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil Israel yang berada di perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.
“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara Zionis itu.
“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” katanya.

Sumber : Harakahdaily
Kembara Jr.......... Sebagaimana yang pernah aku kata sebelum ini, akan pasti ada kenyataan-kenyataan yang memburok-burokkan Israel, membantah tindakan tertentu Israel, mengutuk Israel dan sebagainya daripada pemimpin Malaysia. Tujuan mereka berbuat demikian hanya satu, agar rakyat percaya dan yakin bahawa Malaysia dan Israel sudah tidak sefahaman atau sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.
Pada hakikatnya, kerajaan sekali-kali tidak akan memusuhi Israel. Polisi pro Israel ini sudah lama diamalkan pemimpin Malaysia. Tak mungkin isu penahanan kapal bantuan ke Gaza akan menamatkan dasar pro Israel yang menjadi amalan kedua negara selama ini. Ini akan mreugikan kedua-dua negara tersebut.
Jadi tidak dapat disangkal lagi kata Dato' Mahfuz, kerajaan masih amalkan polisi pro Israel. Mereka masih tidur sebantal dengan mimpi yang sama.......
Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Assalamualaikum....
ReplyDeleteTerima kasih atas doa saudara.
Salam juga buat saudara-saudara kita dibumi Palestin yang terpaksa berjuang sendirian dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Laknatullah dan 'Salam' ini bukannya salam 1Malaysia atau salam 1Israel.Hanya kerana menyertai konvoi misi kemanusiaan, mereka dengan mudah diberi gelaran 'Pejuang Negara'.Bukannya kita tidak menyokong misi ini, malah 1000% sokongan kita berikan kepada mereka.
Cuma gelaran 'Pejuang Negara' itu yang belum layak lagi dipakai.Mereka-mereka (Umno) ini patut membaca kembali sejarah bagaiman pejuangan Salahuddin Al-Ayubi membebaskan bumi Palestin.Dimanakah terletaknya kejayaan beliau yang gilang gemilang itu.Beliau berjaya kerana telah menurunkan pemimpin-pemimpin yang berfikiran seperti Umno dan mengantikan pemimpin tersebut dengan yang berjiwa Islam sejati.
Mereka boleh menipu rakyat, tetapi sejarah akan mencatitkan bagaimana jahatnya mereka dengan bersengkokol dan menjadi talibarut rejim Zionis dalam waktu yang sama.
Bab kata perpatah,'rambut sama hitam tetapi hati,siapalah yang tahu'.