Anwar : Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Tangguh

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebentar tadi membuat keputusan untuk menangguhkan kes merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Anwar pada sidang media selepas itu berkata, penangguhan itu disebabkan jawatankuasa tersebut perlu menentukan sama ada beliau boleh membawa peguam semasa dirujuk.

Katanya, jawatankuasa itu juga perlu menentukan sama ada peguam yang dibawa bersama dibenarkan bercakap atau tidak.

Semasa menunggu untuk dipanggil memasuki kamar jawatankuasa berkenaan, Anwar ditemani oleh peguamnya beserta Ahli Parlimen Machang dan Kuantan daripada PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Fuziah Salleh manakala Ahli Parlimen PAS ialah Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Shah Alam). Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan memasuki kamar itu kecuali Anwar sahaja.

Pada 22 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul mengheret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggapnya Umno memaksa satu usul diluluskan walaupun ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80(1).

Sumber : Harakahdaily


Kembara Jr.......... Mengapa ditangguh pula, dari awal lagi beria-ia dan tak sabar nampaknya nak hadapkan Anwar ke Jawatankuasa tersebut. Betul ke sebabnya nak menentukan samada Anwar boleh membawa peguam dan peguamnya boleh bercakap atau tidak semasa dirujuk. Tak kan perkara-perkara sebegini tak ada termaktub dalam peraturan atau undang-undang jawatankuasa tersebut. Kalau tak ada baik perbetulkan agar senang dimasa hadapan.

Atau apakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan penangguhan itu, mungkin pehak Umno/BN merasakan Anwar benar-benar ada bukti kukuh atas dakwaannya yang memungkin Anwar tidak bersalah oleh jawtankuasa itu nanti. Jadi untuk memikirkan bagaimana hendak mensabitkan kesalahan Anwar mereka perlukan masa, jadi untuk itu jawatankuasa diminta tangguhkan dahulu dengan alasan sebagaimana dinyatakan.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :