Ahli Parlimen Pas Mas, Datuk Ibrahim Ali berjanji akan memberikan wang tunai RM2,000 kepada sesiapa yang menyerahkan pita rakaman mengenai tindakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk beliau ketika berceramah.
Beliau berkata, pita rakaman tersebut akan dijadikan bukti ketika perbicaraan nanti, bagi menunjukkan kedua-dua parti berkenaan mempunyai niat jahat hendak menjatuhkan maruah beliau sebagai pejuang melayu tulin dan kredibiliti beliau dengan mengaitkan beliau dengan syarikat judi.
Beliau berkata, pita rakaman tersebut akan dijadikan bukti ketika perbicaraan nanti, bagi menunjukkan kedua-dua parti berkenaan mempunyai niat jahat hendak menjatuhkan maruah beliau sebagai pejuang melayu tulin dan kredibiliti beliau dengan mengaitkan beliau dengan syarikat judi.
Tegas Ibrahim Ali lagi, PAS dan PKR ingin memperlekehkan beliau, oleh itu untuk mendapatkan pita yang menunjukkan pemimpin daripada kedua-dua parti itu mengutuk beliau ketika dalam ceramah mereka, beliau menawarkan RM2,000 bagi setiap pita yang diterima.
Kembara Jr.......... Kesian juga tengok seekor katak ni, lepas ketahui yang samannya terhadap Saifudin Nasution dan Suara Keadilan tu saman kosong, dah jadi tak tentu hala pulak dah sampai tawarkan duit pulak nak dapatkan pita rakam yang ada PKR atau PAS kutuk dia. Nak buat bukti semasa perbicaraan nanti katanya.
Brahim Oh Brahim, kenapa jadi begini, lebeh baik dudok diam, duit dok abis ( kena baca ikut lagu bangau oh bangau )
Kah, kah, kah 3X cukup, tak boleh ketawa lebeh nanti semput pulak, kan tak habis tulis cerita ni . Apa yang aku gelak tu, pppsssstttt jangan bagi tahu orang, dia kata PAS dan PKR iri hati dan dengki sebab dia adalah Pejuang Melayu Tulin, sekali lagi aku kata, dia adalah Pejuang Melayu Tulin. Itu pasallah PKR dan PAS nak menjatuhkan dia.
Dah habis aku bagitau, yang lain tu kau orang fikirlah sendiri, aku nak ketawa dulu geli hati sangat ingat si katak ni. Kah, kah, kah, kah, kah.......................kah, kah, kah, kah, kah.
Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :