Tan Sri Dr.Abdul Aziz Dilantik Duta Malaysia Ke Perancis

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal telah dilantik sebagai Duta Malaysia Ke Perancis. Ada juga rakyat terkejut dan musykil dengan perlantikan ini, kerana beliau pernah ditamatkan jawatannya oleh pentadbiran kerajaan suatu ketika dulu. Maka atas dasar apa pula tiba-tiba PM Menteri 1Malaysia melantiknya sebagai Duta Malaysia Ke Perancis.

Apakah ini ada agenda tersembunyi yang ditugaskan Najib kepada beliau kerana kes kapal selam Scorpene kembali hangat setelah ada ura-ura kes tersebut mahu disiasat oleh pengamal undang-undang di Perancis. Apakah ini berkait rapat dengan usaha Najib untuk memastikan pembongkaran skandal Scorpene dapat ditutup rapat-rapat selepas ini. Tan Sri Dr.Abdul Aziz Zainal, duta yang baru dilantik itu adalah orang yang arif dalam hal ehwal ketenteraan negara dan sangat sesuai memainkan peranan itu.


Kembara Jr ..... Najib sekarang seperti cacing kepanasan, jadi aku tak hairan atas perlantikan ini. Duta baru ini adalah bekas seorang pakar dalam ketenteraan sudah tentu bersesuaian memainkan peranan bagi menutup kes kapal selam tu. Najib seboleh-bolehnya mahu menutup kes ini bagi mengelakkan dirinya menerima malu jika kes ini berpanjangan nanti.

Kita tengok sajalah Najib, perundangan di Perancis atau kau yang kebal. Malaysia bolehlah  kerana kuasa ditangan kau. Setiap arahan akan dituruti. Ini di luar jangkauan bidang kuasa kau........

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :