Batal Kes Qazaf


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Ini ber makna, Datuk Sri Anwar Ibrahim tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.'
Pada 7 Januari lalu Datuk Sri Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi),Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

0 Komen pengunjong :