Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kenapa Najib takut nafi pengakuan Cecil Abraham?


KUALA LUMPUR 20 MAC: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut memberi reaksi balas terhadap pengakuan Tan Sri Cecil Abraham jika Perdana Menteri itu benar-benar tidak terlibat dalam proses menyediakan akuan bersumpah (SD) kedua untuk P Balasubramaniam seperti .
“Semua tunggu bilakah Najib mahu tampil kerana perkara itu sudah terdedah kepada umum. Kenapa campur tangan dalam pembabitan SD kedua jika tiada apa yang perlu ditakuti atau dibimbangi?” kata  Dr Muhammad Nur Manuty.
Ketua Penerangan KEADILAN itu merujuk pengakuan Cecil Abraham kepada peguam Bala iaitu Americk Sidhu yang kemudian didedahkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam, 16 Mac lalu.
Bala pada 1 Julai 2008 membuat akuan bersumpah mengenai penglibatan Najib dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shariibuu pada Oktober 2006, selain hubungan intim mereka.
Keesokannya, Bala menarik balik akaun bersumpah berkenaan, sebaliknya mengemukakan akuan bersumpah kedua yang kini disahkan palsu, sebelum menghilangkan diri dan bersembunyi di Chennai, India.
Apabila pulang ke Malaysia 28 Februari lalu, Bala yang pernah menyatakan akaun bersumpah pertama, sahih manakala akuan bersumpah kedua, palsu ketika dalam persembunyiaan, mengulangi pengakuan sama dengan bersumpah atas nama kitab suci Hindu.
Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, rakyat akan tertunggu-tunggu dan tidak mustahil jika mereka membuat penilaian sendiri jika Najib terus berdiam diri.
“Perjelas apa peranannya hingga terpaksa menolak akuan bersumpah pertama sedangkan ia dibuat dua tahun selepas pembunuhan Altantuya Shariibuu,” kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak itu.

0 Komen pengunjong :