Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pendakwa raya cari 1001 helah untuk tekan pemimpin Pakatan


KUALA LUMPUR, 2 Julai: Umno BN terdesak apabila menambah satu lagi pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua pemimpin lain.
Badrul Hisham Shaharin yang turut dituduh bersama Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, berkata pertuduhan baru itu membuktikan pertuduhan sebelum ini tidak kukuh hingga mendesak kerajaan Umno BN menambah satu lagi pertuduhan.
“Kes ini lemah. Sebab itu pendakwaraya terpaksa mencari 1001 helah dalam kes ini untuk menyabitkan kami,” katanya kepada Keadilan Daily.
Badrul Hisham yang dikenali Chegu Bard berkata, mereka juga tidak pernah dimaklumkan oleh pendakwa raya mengenai pertuduhan baru tersebut.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, ia hanya diketahui apabila pendakwa raya membaca pertuduhan depan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi.
Mengikut pertuduhan baru, mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat memecahkan benteng ketika perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lalu.
Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama.
Anwar, Azmin dan Chegu Bard turut dituduh di bawah Seksyen 118 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
.

3 comments :

  1. bersabaq lah wahai pejuang2 sejati ini adalah ujian dari ALLAH TAALA percayalah dihujungnya nanti pasti akan ada CAHAYA KEBENARAN dan KEMENANGAN.

    ReplyDelete
  2. @5sal......Insyaallah, moga tuhan kabulkan.

    ReplyDelete