Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Scorpene: SPRM jangan berat sebelah


SHAH ALAM : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bersikap berat dalam menyiasat rasuah Scorpene melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat pertahanan Perancis.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian ketika menyampaikan memorandum menuntut suruhanjaya itu membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
Pertama, katanya, bersabit komisen USD1 bilion yang diminta Datuk Seri  Najib Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan dan penerimaan komisen Euro 36 juta oleh Syarikat Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak Baginda dan bapanya.
Manakala kedua berhubung kos penyelengaraan Scorpene yang mencecah hampir RM1 bilion sepertimana dijelaskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.
“AMK melihat ada kewajaran yang sangat mendesak bagi SPRM untuk membuka siasatan kes ini tanpa prejudis,” kata Shamsul ketika menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, Shah Alam.
Menurutnya, kuasa yang diperuntukkan kepada suruhanjaya itu tidak sewajarnya digunakan untuk melakukan pendakwaan terpilih, khususnya kepada pihak yang mengancam kedudukan politik Umno-Barisan Nasional.
Katanya, tindakan SPRM membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali seolah-olah menunjukkan suruhanjaya itu menjadi alat kepada pemerintah.
“Ini melucukan, di saat mantan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang bertanggungjawab pada waktu tersebut, Datuk Shafee Yahya secara terbuka menafikan wujud salahguna kuasa oleh YB Azmin,” katanya.
Beliau turut mengaitkan tindakan SPRM membebaskan tuduhan terhadap Datuk Shahrizat Jalil dalam skandal National Feelot Corporation (NFCopr).
“Kes yang mempunyai kredibiliti yang kuat untuk didakwa, melibatkan hubungan keluarga dan mempengaruhi kepentingan keputusan kerajaan, ditutup SPRM tanpa alasan yang kukuh” kata beliau.
“Tunjukkan kepada rakyat bahawa SPRM adalah badan yang berintegriti dan tidak memihak. Jangan diibaratkan ‘limau masak sebelah, karam kapal sekerat’.  Jangan melenting sekiranya SPRM digelar Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Menteri-Menteri,” sindir beliau.
.

0 Komen pengunjong :