SHAH ALAM : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak bahawa kerajaan akan terus menyediakan pendidikan yang berpatutan
dan berkualiti tinggi kepada pelajar, di samping mengimbangi keperluan
rakyat dengan memupuk bakat masa hadapan jelas membuktikan pemimpin itu
‘berseorangan’ dan ‘hilang arah’.
Hal ini kerana kenyataan beliau berhubung perkara itu tidak diikuti
oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang membekukan pinjaman PTPTN kepada
pelajar Unisel.
MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata kepimpinan Najib dan Tun
Dr Mahathir adalah jauh berbeza kerana setiap perkara yang diarahkan
oleh Mahathir akan diikuti oleh Menteri yang lain.
Katanya, daripada itu rakyat melihat pemerintahan yang jelas dan jitu berbanding dengan Najib.
“Najib bercakap seorang diri, beliau pemimpin yang ‘berseorangan’.
Tiada Menteri yang mengikut arahan beliau. Perkara ini sudah tertera
dengan tindakan Khaled itu, apa yang diterjemahkan, Menteri lain tidak
ikut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata sebelum mengeluarkan kenyataan, Najib perlu sedar
bahawa hampir 10 peratus pelajar Sekolah Menengah tidak boleh membaca
dan menulis.
“Itu sebab beliau harus membuat kajian sebelum bercakap.
“Sedarkah beliau bahawa pelajar kita tidak bermotivasi dan
berinovasi? Banyak pelajar yang keluar Universiti tidak tahu menggunakan
ilmu yang sudah dipelajari,” katanya.
Johari menambah lazimnya Ketua Penerangan Umno akan menjadi peneraju kepada Perdana Menteri dan parti mereka.
“Tetapi saya tidak melihat dan agak pelik kenapa tiada siapa yang
menasihati Perdana Menteri, lazimnya ketua pnerangan umno akan mnjadi
peneraju yang melihat bagaimana sokongan rakyat sentiasa padu pada
pemerintah tapi zaman Najib ini saya tidak nampak peranaan ini dimainkan
oleh ketua penerangan beliau.
“Sebab itu jika dilihat, lagi banyak kerajaan buat silap, maka lagi jauh mereka dengan rakyat,” katanya.
Kenyataan Johari tersebut ekoran kenyataan Najib semalam yang
dianggap sebagai kenyataan retorik sedangkan Kementerian Pengajian
Tinggi semalam turut memutuskan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL di
bekukan.
Sementara hari ini pula kementerian tersebut menarik balik pembekuan
kerana keputusan itu dianggap sebagai tindakan yang membelakangkan
pandangan perdana menteri itu.
.
0 Komen pengunjong :