Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Emas tulen tidak takut api yang kuat

Emas tulen tidak takut api yang kuat

ALOR SETAR- Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin PAS tidak akan rosak dan musnah dengan pelbagai serangan yang dibuat oleh media Umno sekarang ini kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan tersendiri.
Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang berucap dalam Himpunan Hijau Menuju Putrajaya pagi ini memetik satu pepatah China bagi menyokong kenyataan beliau itu.
"Emas tulen tidak takut dibakar dengan api yang kuat," kata Pang Chaw dalam ucapan di Markas Tarbiyah PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut hari ini.
Beliau dipercayai mengulas isu muzakarah yang dipercayai beliau cuba dignakan Umno untuk memerangkap PAS.
Bagi beliau, PAS sudah cukup berpengalaman untuk diperangkap lagi dalam isu ini.
"Jangan mimpi untuk perangkap PAS dengan isu muzakarah.. pepatah Cina emas asli tidak takut kepada api yang kuat," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan saf kepimpinan PAS agar berhati-hati mengulas sebarang isu sekarang untuk mengelakkan sebarang salah faham kerana pihak lawan pandai putar belit kenyataan.
Dalam ucapan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah menterjemahkan buku Negara Berkebajikan ke dalam bahasa Cina dan Inggeris.
Beliau berharap agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil pula bagi memahamkan semua pihak tentang perjuangan PAS.
.

0 Komen pengunjong :