KUALA LUMPUR: Perhimpunan
Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak
Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri
membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Menurut Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), hiburan dengan wanita
separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan
di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub
dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
"Jelas yang berlaku adalah
suatu penghinaan kepada kebudayaan negara dan Perdana Menteri menjadi
Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan
bersama kehadiran beliau.
"Jika ada pihak yang mengangkat isu
wujudnya gerakan liberal di negara ini, maka kami berpendapat Perdana
Menteri membayangkan bahawa beliau adalah ketua kepada budaya dan
pemikiran liberal di Malaysia," kata setiausahanya Mohd Azmi Abdul
Hamid.
Mapim katanya, kesal dan mengutuk budaya liberal yang
diterjemahkan dalam bentuk acara hiburan yang sangat anti akhlaq yang
disahkan oleh perdana menteri bersama penari separuh bogel dalam
perhimpunan tersebut.
Menurut Azmi, dengan membenarkan wanita
berpakaian tidak senonoh mengadakan pementasan yang direstu oleh Perdana
Menteri dan Menteri yang berkenaan, manakala Menteri Agama di JPM serta
para Mufti tidak pula bersuara, mengesahkan aliran liberalisme dan
pluralisme sebagai budaya dan aliran pemikiran yang dibenarkan oleh
konsep wassatiyah yang ditaja oleh PM.
"Asalkan dapat dihimpunkan
belia dan mengujudkan suasana serba bebas dan tidak menghormati
kebudayaan kebangsaan, PM sanggup mengadai akhlak generasi muda hanya
untuk berpropaganda untuk PRU 13," katanya lagi.
Beliau juga
mendakwa progran itu sebenarnya memperalatkan belia dengan memancing
mereka berhimpun dengan acara hiburan liar dan cara itu sudah lama
diguna oleh pihak kerajaan.
"Di satu hal budaya politik samseng
dibiarkan berleluasa , ditambah lagi hiburan liar juga diguna untuk
melekakan belia dari berfikir mengenai pelbagai isu Negara yang akan
menentukan nasib dan masa depan agama dan bangsa.
"Mapim tidak
dapat menerima pendekatan yang diguna oleh kerajaan yang mengguna
peruntukkan dari wang rakyat dengan memaparkan budaya liar dan tidak
senonoh," katanya.
Sehubungan itu, mapim menuntut Kementerian
Belia dan Sukan mendedahkan berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan
untuk perhimpunan tersebut.
.
0 Komen pengunjong :