Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ISA: Kerajaan akan tunduk kepada tekanan rakyat

ISA: Kerajaan akan tunduk kepada tekanan rakyatKUALA LUMPUR,- Negara akan menyaksikan sejarah Isnin ini apabila kerajaan tunduk kepada tekanan rakyat supaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar .
"Apa yang jelas ialah kerajaan Umno terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat yang mahu ISA dihapuskan.
"Tidak ada orang yang waras yang percaya cakap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang mendakwa kononnya kerajaan menghapuskan ISA dengan inisiatif sendiri," katanya.
Mahfuz yakin semua pihak tidak lupa tindakan ganas dan zalim kerajaan Najib sendiri ke atas rakyat yang berdemonstrasi menuntut penghapusan ISA pada 1 Ogos 2009 lalu.
Dalam demonstrasi bersejarah yang disertai puluhan ribu rakyat itu, bukan sahaja alat perkakas kerajaan Najib menzalimi dan mengganasi mereka yang berdemonstrasi itu, malah kira-kira 589 orang telah ditangkap termasuk wanita dan kanak-kanak.
"Kalau sedemikian ganas dan zalim tindakan kerajaan Najib terhadap rakyat yang menuntut penghapusan ISA, hanya orang gila sahaja yang percaya dakwaan Najib kononnya ISA dihapuskan atas inisiatif kerajaannya sendiri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Bukan itu sahaja, kata Mahfuz, menjelang perhimpunan memprotes ISA itu, gerakan mansuhkan ISA difitnah habis-habisan oleh para pemimpin dan media-media Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berkeras mempertahankan undang-undang kejam itu.
"Memang itulah pekerjaan tetap mereka, memfitnah rakyat yang menuntut keadilan.
"Apa yang mereka tidak kata, pengkhinatlah, monyetlah.
"Isnin ini adakah yang akan memansuhkan ISA itu bapak monyet?" sindir beliau.
Mahfuz bagaimanapun melahirkan kesyukuran kerana pengorbanan rakyat yang menentang kezaliman ISA itu berjaya dan diiktiraf oleh kerajaan dengan tindakan menghapuskan ISA itu.
"Penghapusan undang-undang kejam adalah kejayaan perjuangan rakyat dan pengiktirafan terhadap tuntutan dan protes mereka, walaupun kita tidak berpuas hati sama sekali terhadap undang-undang yang menggantikan ISA," kata beliau yang pernah meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting setelah ditangkap di bawah undang-undang zalim itu.
Para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan Rang Undang-Undang yang menggantikan ISA tidak memberi sebarang erti dan makna kepada demokrasi.
Mereka juga membidas akta baru yang menggantikan ISA itu yang diakui kerajaan sebagai kekal bersifat tahanan tanpa bicara.
Semua itu, kata mereka, menyerlahkan pembohongan apa yang didakwa sebagai transformasi Najib yang digembar-gembur oleh media-media Umno.

0 Komen pengunjong :