Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

DAP: SPR-BN Guna Taktik kotor



SHAH ALAM  : Kontroversi penukaran kawasan mengundi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditukar tanpa pengetahuannya memberikan gambaran Pilihanraya Umum yang bakal hadir tidak lama lagi sebagai pilihanraya yang kotor dan tidak adil, ulas Setiausaha Publisiti DAP Janice Lee.
“Seorang Menteri Besar pun sewenang-wenangnya diperlakukan begini dengan alamat yang tidak pernah wujud dalam hidupnya.
“Jadi tidak mustahil perkara yang sama juga berlaku terhadap rakyat kebanyakan,” ujar Janice yang dihubungi melalui panggilan telefon pagi tadi.
Janice turut menggesa supaya isu seumpama ini diselesaikan sebelum Perdana Menteri membubarkan parlimen bagi menjamin perjalanan pilihanraya yang adil mengikut acuan sebenar domokrasi.
“Sekarang yang kita nampak dan dengar adalah salah satu kes sahaja yang terjadi kepada Menteri Besar.
“Tetapi kita tidak tahu di luar sana ada berapa banyak lagi kes sebegini yang pastinya mencabuli hak pengundi,” jelas Janice yang juga Adun Teratai.
Sehubungan itu, Janice menyeru semua pengundi untuk melakukan semakan dengan secepat mungkin untuk memastikan tiada pertukaran dibuat tanpa pengetahuan mereka.
“Mereka boleh menyemak melalui laman web Suruhanjaya Pilihanraya atau boleh juga menyemak melalui khidmat pesanan ringkas,” pesan Janice sambil menambah segala kerja jijik ini merupakan usaha kotor menggagalkan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat.

0 Komen pengunjong :