Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kerajaan Pusat Harus Adil Dalam Rayuan Kes Liwat


KLANG : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.
Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.
Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar.
"Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes."

Pejabat Peguam Negara memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada hari Jumaat.
Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.
Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab.
"Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?".

0 Komen pengunjong :