Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wan Azizah : Tahniah Selangor!


Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Khalid (gambar kanan) yang berjaya meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri secara adil dan prihatin.  Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.

Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri perlu berhemah dalam berbelanja.  Simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun.  Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah bagi.

Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM 400 bilion.  Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah.

Tidak seperti kerajaan sebelumnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Khalid berusaha untuk membasmi ketirisan dan rasuah yang merugikan rakyat sehingga ratusan juta ringgit.  Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM 391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor.  Walau bagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat.

Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah ini, ratusan juta ringgit telah berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat.  Bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambah sebanyak RM 300 juta lagi (hampir 15% belanjawan sepenuhnya) di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana dan meringankan beban ekonomi rakyat.

Kita mengalu-alukan semua progam kebajikan ini yang memanfaatkan rakyat yang menghadapi cabaran ekonomi yang semakin perit.  Sasaran bantuan negeri termasuk rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan, serta orang kelainan upaya.

Program kebajikan kerajaan Selangor bersifat menghakupayakan rakyat supaya mampu berdikari, bukannya bersifat pertolongan "one-off" seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.  Pendekatan ini menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan setiap rakyat berpeluang mencari pekerjaan bermaruah dan pendapatan yang mencukupi serta setara dengan kos sara hidup.

Keadilan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Khalid atas kejayaan dalam pengurusan hasil negeri untuk rakyat dan harap kerajaan persekutuan akan meneladani pendekatan yang memprioritikan rakyat ini.

0 Komen pengunjong :