Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Prestasi Kewangan Selangor Lebih Baik Dari Negeri BN


SHAH ALAM : Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka, kata Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.
Di dalam perbahasan beliau di sidang DUN, Azmin berkata keupayaan Pakatan menguruskan sumber kewangan dan berbelanjaan dengan baik serta perbezaan gagasan itu dengan pendekatan BN perlu dilihat oleh rakyat.
"Saya pada hari ini membawa laporan audit ketua negara bagi negeri Terengganu sebuah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang melimpah ruah ditadbir oleh Umno Barisan Nasional. Rumusan untuk audit bagi negeri itu ialah pada tahun 2010 ialah kerajaan negeri Terengganu perlu merancang perbelanjaan dan kewangan dengan cekap dan berhemah tanpa perlu menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
"Saya juga ingin merujuk kepada laporan audit negara bagi negeri Pahang, sekali lagi sebuah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang lebih besar ditadbir oleh Umno , rumusan ketua audit negara ialah agar disyorkan kerajaan negeri Pahang agar mengamalkan perbelanjaan yang berhemah serta mengutip hutang agensi kerajaan negeri berjumlah RM228.8 juta dan menjelaskan bayaran balik hutang kerajaan Persekutuan," katanya.
Azmin berkata lagi, teguran terhadap pengurusan kewangan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara terhadap negeri pimpinan Umno-BN itu tidak terdapat dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Selangor.
Justeru, ini jelas membuktikan bahawa mekanisme pengurusan kewangan negeri Selangor adalah pada tahap terbaik katanya.

0 Komen pengunjong :