Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS terus tuntut pilihan raya bersih


PETALING JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat sedang memerhatikan tuntutan Bersih 2.0 secara serius kerana kerajaan belum menunaikan tuntutan tersebut, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antara tuntutan berkenaan akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan berwibawa.
“PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya,” kata ahli Parlimen Marang itu.
Menurutnya, sehingga hari ini semua tuntutan Bersih belum lagi ditunaikan. Pada 7 Julai lalu, Bersih yang  disokong parli politik pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan besar-besaran mendesak mengadakan pilihan raya bersih dan adil.
Abdul Hadi berkata, kerajaan Barisan Nasional agar tidak mengambil jalan mudah melakukan apa sahaja yang menyalahi peraturan demokrasi.
Katanya, ‘gelombang’ perubahan rakyat tidak boleh dihalang sebagaimana yang telah berlaku di seluruh dunia hari ini.
“Barisan Nasional jangan merasa jalan mudah untuk mereka membuat apa sahaja. Mereka sepatutnya mempelajari daripada cetusan perubahan yang berlaku di seluruh dunia hari ini terhadap negara yang menyalahgunakan demokrasi.
“Gelombang tidak boleh dihalang jika berlaku dan PAS tetap mahukan supaya kepimpinan negara yang ada melakukan sesuatu yang terhormat
mengikut cara  Islam yang sesuai dengan demokrasi barat, demokrasi yang diamalkan.
“Kita (PAS) mahu pemimpin bermaruah. Jika melakukan kesilapan bukan sahaja sanggup ditolak oleh rakyat melalui pilihan raya yang adil, termasuklah meletakkan jawatan,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :