Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bekas Brigadier Jeneral TUDM yang saman kerajaan sertai KEADILAN


KUALA LUMPUR 15 Nov: Umno-Barisan Nasional terus menerima pukulan apabila seorang bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN.
Penyertaan Abdul Hadi diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Tun Abdul Razak, semalam.
Abdul Hadi yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam TUDM sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila menyaman kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin pada 27 April 2010.
Saman tersebut berhubung pemecatan tidak sah ke atasnya berikutan kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM Sungai besi.
Selain beliau, turut memfailkan saman itu ialah Mejar Rusli Ibrahim, 48, Kolonel Mohamad Sani Sumarnak, 55, Mejar Noor Zelan Draman, 45, dan Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud, 47.
Dalam saman pemula itu, mereka mendakwa Azizan atau Majlis Angkatan tentera Malaysia dalam surat bertarikh 5 November 2007 telah mengarahkan setiap seorang daripada mereka mengaku terhadap kehilangan enjin pesawat tersebut.
Kesemua mereka mendakwa ‘dipaksa untuk bersara” tanpa penjelasan atas salah laku yang dikatakan, sedangkan masih mempunyai kontrak pekerjaan yang sah.
Abdul Hadi kini merupakan penaung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim, Perak.
Terdahulu, pada majlis itu, Anwar melancarkan jentera pilihan raya dan Bilik Gerakan Utama Parlimen P99 Ampang.
Turut hadir Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy San dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar.

3 comments :

  1. orang dalam PKR ni semua yg gila kuasa..tak dpt kuasa masuk la dlm PR.. senang nak dapt jawatan besar2..ahli majlis ke.. hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  2. Bagitulah wajah sebenar ahli pkr,seorang yang tak amanah,pemalas dan bodoh sombong,konon masuk pkr umno kan roboh dan pkr akan teguh,tetapi banyak silapnya,anda bertambah bodoh jika bersalaman dengan anwar.

    ReplyDelete
  3. Elok la tu lagi satu penyamun masuk PKR. PKR tu cx lah dulu Hadi tu, jgn main ambik aje. Penyamun duit kerajaan tu.

    ReplyDelete