Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan: Mahkamah wajar panggil Shafee jelas kenyataan sentuh kes Anwar


KUALA LUMPUR  — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu.
Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu.
“Ini mencetuskan keraguan berhubung prosiding kes dan mahkamah seharusnya memanggil Shafee untuk membuat penjelasan demi memastikan kewibawaan perbicaraan,” kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar.
Pendirian itu seiring dengan pandangan ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, yang menegaskan Shafee seringkali dilantik dan dikaitkan dengan perbincangan-perbincangan politik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN).
Oleh itu kata beliau, peguam itu tidak boleh dianggap sebagai seorang yang berkecuali.
“Keadilan seharusnya dilihat diberikan. Dia juga peguam yang secara terbuka memberitahu media bahawa 99.9 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar,” kata Ahli Parlimen Beruas ini, merujuk kepada rakaman video yang dikaitkan dengan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, beberapa bulan lalu.
Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN.
Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh.
Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana.
Kecaman itu dibuat oleh blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza.
Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid.
Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya.
“Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang,” kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza.
“Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini,” katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar.
Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain.
Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Shafee berkata: “Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media.”
Kata Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

0 Komen pengunjong :