Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gagal tangani ekonomi, Najib digesa lepas jawatan menteri kewangan


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak dinasihati menumpukan tugasnya selaku Perdana Menteri  dengan melepaskan jawatan sebagai menteri kewangan, tegas Pakatan Rakyat.
Perkara itu dinyatakan anggota Sekretariat Pakatan Rakyat  yang diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Dap, Liew Chin Tong dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah.
Menurut kenyataan itu, Najib gagal menguruskan ekonomi negara sejak menjadi menteri kewangan, menyebabkan beban rakyat bertambah parah.
“Pada 17 September ini, genap tiga tahun Najib ‘merampas’ jawatan Menteri Kewangan dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dan sepanjang tempoh itu, harga barang melonjak manakala gaji rakyat kekal di takuk lama,” jelas kenyataan tersebut.
Sekretariat itu menjelaskan, jika anologi korporat digunakan, tidak berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada masa yang sama menjadi Ketua Pegawai Kewangan.
“Jawatan berganda Najib selaku PM dan juga Menteri Kewangan amat janggal di mana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik,” kata kenyataan itu.
Mereka memberi contoh, penangguhan cukai enam peratus terhadap prabayar antara bukti kegagalan Najib yang sebenarnya telah mengumumkannya pada pembentangan belanjawan 2012.
“Begitu juga pengakuan Najib bahawa golongan profesional di Malaysia bergaji rendah, mengiyakan lagi beliau gagal meningkatkan ekonomi rakyat,”  katanya.
Justeru itu, sempena hari Malaysia yang disambut esok, Pakatan Rakyat menggesa Najib melantik seseorang bagi mengambil alih jawatannya sebagai menteri kewangan.
“Pakatan Rakyat dengan ini menyarankanDato Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikan kepada Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya  untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut, sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh,” tegasnya.

0 Komen pengunjong :