Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AMK: PERKASA tidak faham hak asasi manusia

Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpendapat bahawa PERKASA dan Konsesus Bebas tidak faham tentang konsep Hak Asasi Manusia, malah bebal terhadap Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak bersuara, berkumpul serta berpersatuan.
PERKASA telah memutarbelitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 sebagai sesuatu tindakan yang mengacau.  Fokus dan matlamat Bersih 2.0 sengaja dialihkan dengan ancaman PERKASA yang akan menganjur pertembungan dan "lawan habis-habisan" pada Julai 9.
Sebenarnya perhimpunan aman yang akan dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya dan Adil adalah sah dari segi jurisprudensi serta masyarakat di Malaysia.  Perhimpunan BERSIH adalah satu usaha yang rasional serta aman di mana rakyat pelbagai kaum yang menyertai usaha tersebut hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara serta mengikuti pendidikan sivik yang penting.
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tetapi sistem pilihanraya yang lama dimanipulasi.  Pelbagai masalah serius seperti senarai pengundi yang mengandungi pengundi hantu, mengundi lebih sekali, undi pos yang bermasalah, tiada liputan adil oleh media dan sebagainya masih berleluasa dan tiada tindakan reform yang sebenar dijalankan.
Maka, AMK menyeru agar PERKASA dan Konsesus Bebas untuk memberi kerjasama serta sokongan kepada tuntutan BERSIH 2.0 untuk pendemokrasian Malaysia.  Sebarang tomahan yang dilemparkan ke atas Perhimpunan BERSIH atau usaha untuk pertembungan dengan BERSIH adalah tidak wajar serta tidak bijaksana.
Perhimpunan BERSIH tidak patut dilabel sebagai aktiviti yang merosakkan ketenteraman dan keharmonian masyarakat.  Aktiviti ekonomi masyarakat juga tidak akan terjejas dengan adanya perhimpunan BERSIH.
Perhimpunan dan perarakan yang aman adalah perkara biasa di banyak negara demokrasi yang maju, malahan tidak perlu memburukkannya.  Aktiviti seperti demonstrasi atau perhimpunan hanya merupakan satu proses biasa untuk menyampaikan suara rakyat kepada pihak yang berkuasa.
Oleh itu, AMK berharap pihak polis akan bertindak profesional dengan memberi permit kepada Perhimpunan BERSIH.  AMK percaya dengan kerjasama yang erat di antara pihak polis serta BERSIH, maka satu perhimpunan yang aman serta bertanggungjawab akan dijalankan dengan lancar.
Matlamat perhimpunan BERSIH untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik, adil dan bersih akan dicapai dengan berjayanya penghantaran memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong

*Kenyataan media oleh Lee Khai Loon selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

0 Komen pengunjong :