Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tetap mahu saman Anwar


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.
“Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.
“Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut,” katanya.
Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.
Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.
Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.

0 Komen pengunjong :