Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zaid Ibrahim jadi alat Umno, kata Anwar


 Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebagai “alat Umno” apabila meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR itu menyerahkan sampel DNA secara sukarela dalam liwat yang dihadapinya sekarang.
Kata Zaid, dengan menyerahkan DNA ia akan membantu Anwar membuktikan yang beliau tidak bersalah, sekali gus menaikkan kredibilitinya.
Beliau yang keluar PKR hujung tahun lalu berkata, orang ramai merasakan sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang pemimpin enggan memberikan bukti bagi membersihkan namanya sendiri.
Menurut Anwar, beliau enggan menyerahkan sampel DNA kerana bertindak berdasarkan fakta dalam kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari sebagai mangsa dalam kejadian itu.
“Itu pendapat beliau (Zaid) mewakili Umno, buat apa nak ikut cakap beliau.
“Saya melihat dari segi undang-undang dan fakta,” jawab beliau ringkas pada sidang media selepas program Wacana Ekonomi - Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara di sini.
Semalam, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

0 Komen pengunjong :