Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib Razak Digesa Mohon Maaf Terhadap Dr Yusof Al-Qaradawi

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Dr Yusof Al-Qaradawi sebagai manusia lidah bercabang kerana menganugerahkan tokoh Maal Hijrah itu namun dalam pada masa yang sama melabel sebagai pengganas, kata Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad.
"Ini satu lagi sikap manusia lidah bercabang sedangkan Malaysia baru saja menganugerahkan kepada dia tokoh Maal Hijrah sebagai cendikiawan Islam," katanya yang dihubungi TV Selangor.
Idris berkata jika Najib Razak enggan meminta maaf, beliau mencabar Najib untuk menarik balik anugerah tokoh Maal Hijrah daripada ulamak itu.
"Sudah pasti dia perlu meminta maaf,kalau tidak kita cabar dia tarik balik anugerah Dr Yusuf kalau dia seorang pengganas," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty turut senada dengan apa yang disuarakan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Kenyataan beliau ini senada dengan kuasa barat yang menyenaraikan Dr Yusuf dalam senarai sebagai kelompok ganas atau ekstrem. Ini kenyataan berbahaya dan dikesali oleh pendukung gerakan Islam di seluruh dunia.
Terdahulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan tekanan mereka terhadap Najib yang semberono menuduh ulamak tersohor itu dan gerakan Islam antarabangsa, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.

0 Komen pengunjong :