Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno Sila Jelaskan Kepada Rakyat




SHAH ALAM 25 JAN: Pembangkang Selangor yang diterajui Umno perlu menjelaskan kepada rakyat negeri itu sebab mengapa mereka tidak memberikan sokongan kepada usaha Pakatan Rakyat yang mahu  mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor, ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pindaan yang diusulkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam bagi memboleh dalam urusan pelantikan Pegawai Kanan kerajaan negeri dikembalikan kepada Sultan dengan nasihat Menteri Besar.
Dalam satu sidang media selepas progran Luncheon Talk Bersamanya pagi tadi di Shah Alam, Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor itu berkata beliau kerajaan negeri Selangor hanya mahu mengembalikan kuasa Sultan seperti sebelum krisis perlembagaan 1993.
"Saya syukur Alhamdulilah dan bangga kerana sekurang-kurangnya kita mengambil inisiatif yang jelas ke arah tersebut. Soal Umno tidak bersetuju dia harus jelaskan kepada rakyat apa alasan dia pula," kata beliau.
Katanya lagi, usul yang dibentangkan semalam oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah usul baru Pakatan Rakyat di negeri tersebut, tetapi yang menghairan Anwar,  Umno yang tidak putus melaungkan slogan 'ketuanan Melayu' dan hak Raja kali ini bertindak sebaliknya menentang usul tersebut.
"Saya ucap tahniah kepada Tan Sri Khalid dan kerajaan negeri, pertama kerana mempersembah kepada Tuanku Rang Undang-Undang tersebut dan cuba memperbetulkan tindakan keterlaluan oleh pimpinan Umno pada 1993. Kita tidak berlebih dari itu, hanya untuk mengembalikan pada tahap kuasa DYMM Raja-Raja Melayu pada tahun 1993," kata beliau.
Beliau berkata, pendirian PR jelas dalam isu ini iaitu mempertahankan prinsip Raja Berperlembagaan dan apabila memilih untuk mempertahankan konsep Raja Berperlembagaan, maka kedudukan Raja-Raja turut dimuliakan dan dimartabatkan.
Katanya lagi, kuasa Raja-Raja dan kuasa rakyat dan pimpinannya yang mendapat mandat daripada rakyat dan juga Sultan juga perlu dihormati dan diiktiraf.
"Tetapi untuk menolak sama sekali apa juga kedudukan formal yang dimuliakan seperti yang berkalu pada pindaan perlembagaan persekutuan 1993, tidak akan pertahankan semangat perlembagaan ini. Jadi apa yang dilakukan semalam adalah usaha membetulkan keterlanjuran yang dilakukan oleh Umno pada 1993," tegas beliau lagi.
Usul semalam gagal apabila 20 wakil rakyat Umno-Barisan Nasional bertindak mengundi tidak menyokong perkara tersebut.

0 Komen pengunjong :