Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tindakan Ganas Polis Calar Kredibiliti KPN Baru




Tindakan ganas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menahan dan memukul peserta demonstrasi perhimpunan aman bantah kenaikkan harga air di Lembah Kelang, Ahad lepas mencalar integriti dan kredibiliti Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dalam kenyataannya berkata insiden sikap "double standard" itu membuktikan Ismail gagal melaksanakan tugasnya dan tindakan itu turut menguatkan dakwaan institusi kerajaan, termasuk PDRM dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah diperkudakan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional.

"Tindakan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang telah menahan dan memukul 52 peserta perhimpunan aman semalam membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas.

"Rekod buruk pertama Ketua Polis baru ini membuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap "double standard" dalam melaksanakan tugas dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik BN-Umno," ujar beliau.

Malah, penafian dan sikap angkuh kerajaan Umno-BN untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor demi kepentingan rakyat, menunjukkan seolah-olah mereka turut bersubahat dalam 'rompakan besar-besaran hak rakyat' oleh syarikat Bekalan Ais Selangor (Syabas).

"Sikap tidak adil PDRM, apabila penyokong dan warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata, sebaliknya GAPS (Gabungan Anti Penyelewangan Selangor) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara.

"Profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana telah bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai sebuah premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid sehinggakan menjejaskan orang awam yang sedang bersolat," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Tambahnya, perlakuan ganas pihak berkuasa itu memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus bertentangan dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju yang mementingkan rakyat.

0 Komen pengunjong :