Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ketuanan Melayu: Pemimpin Politik Perlu Timba Ilmu Sejarah




Pemimpin dan parti politik wajar menimba ilmu pengetahuan khususnya mengenai sejarah Malaysia jika mahu mengupas isu ketuanan Melayu secara jujur, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim.

Beliau menegaskan istilah 'Ketuanan Melayu' tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan pihak yang wajib tidak harus menyembunyikan fakta
sejarah kerana ia bakal memberikan kesan buruk kepada rakyat.

"Sepatutnya dari awal lagi sudah dijelaskan apa maksudnya Ketuanan Melayu. Itu tidak berlaku dan sekarang orang sudah mula bergaduh. Saya cuba jelaskan dalam sejarah, memang istilah itu tak pernah digunakan (dalam perlembagaan). Jadi, kalau ada orang yang masih kata (Ketuanan Melayu) itu masih relevan, kita nak tahulah, mengapa dan bolehkah kita gunakan sejarah untuk menyokong apa yang disebutkan," Dr Khoo berkata demikian selepas siaran langsung rancangan fokus berita 'Ketuanan Melayu' di TV Selangor hari ini.

Isu Ketuanan Melayu sekali lagi dipergunakan oleh Umno untuk membidas PKR apabila Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pemimpin Umno menggunakan slogan itu untuk memperkayakan diri dan kroni tetapi terus meminggirkan masyarakat Melayu umum yang masih terjebak dalam kemiskinan
dan kemunduran.

Pemimpin Umno dan Perkasa mendakwa kenyataan Wan Azizah itu kononnya mencabuli Perlembagaan dan mengkhianati Istana.

Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun mahukan Wan Azizah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana membuat kenyataan itu.

Professor Emeritus Dr Khoo menegaskan keperluan pemimpin politik berhujah menggunakan logik dan bukan emosi dalam menengahkan isu-isu seperti Ketuanan Melayu kerana ia boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat.

"Kita perlu sentiasa menggunakan logik bukan emosi. Saya sangat takut kalau kita selalu menggunakan emosi bila bercakap dengan orang ramai, orang ramai
biasanya tidak faham. Itu sangat merbahaya.

"Saya rasa mereka nak mengelirukan rakyat supaya rakyat sentiasa menyokong mereka. Saya rasa itu pendekatan yang tidak baiknya, ia mengorbankan kepentingan negara," jelasnya.

Professor Emeritus Dr Khoo adalah tokoh akademik dan pakar sejarah yang mempunyai pengalaman luas dalam sejarah Malaysia dan terlibat dalam penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970.

0 Komen pengunjong :