Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nurul Izzah Cadang Tukar Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa

nurulizzah

KUALA LUMPUR 21 Okt - Dalam usaha memperkasakan pendidikan tinggi di negara ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencadangkan agar semua pinjaman pelajaran di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada biasiswa penuh.

Disamping itu Nurul Izzah juga mahu Kementerian Pendidikan Pengajian Tinggi menggandakan progradoktor falsafah (PhD) untuk staf akademik serta mengambil masuk tenaga akademik berkelayakan dari luar negara.

Beliau kesal kerana hanya 0.64 peratus daripada Belanjawan 2011 diperuntukkan untuk tujuan kajian dan penyelidikan walhal purata sedunia adalah 2.4 hingga 3.4 peratus.

"Saya juga bingung melihatkan kepada RM111 juta yang dibelanjakan untuk Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (Permata) sementara hanya RM20 juta untuk program PhD di universiti-universiti.

"Kita bandingkan sejumlah RM10.2 bilion yang diperuntukkan untuk Kementerian Pengajian Tinggi dengan RM12.59 bilion untuk Pemandu (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi).

"Saya juga agak terkejut melihat kepada kandungan ucapan PM yang di antaranya memperincikan langkah-langkah kecil yang dihidang kepada minoriti rakyat yang menunjukkan pendirian yang materialistik – bangunan-bangunan yang gah, barangan-barangan yang mewah," kata Nurul Izzah ketika berucap pada perbahasan Belanjawan 2011 di Parlimen semalam.

Beliau turut menekankan dalam usaha menggandakan pelaburan model insan yang berqualiti melalui pendidikan dan penyelidikan, belanjawan pendidikan 2011 yang diperuntukkan sebanyak RM40 bilion atau 18.86 peratus daripada belanjawan keseluruhan patut digandakan kepada RM80 bilion.

"Ini akan digunakan untuk mewujudkan sekolah satu sesi, menambahkan waktu sekolah setiap hari, menaikkan gaji guru sebanyak 50 peratus, dan mewujudkan pra-sekolah untuk anak anak Malaysia seluruh negara. Saya fikir kerajaan menyedari akan masalah bebanan para guru lalu mewujudkan jawatankuasa khas kaji beban guru tetapi malangnya cadangan-cadangan yang 'crucial' tidak diangkat dan diperlihatkan dalam Belanjawan 2011.

"Kenaikan gaji sebegini termasuk untuk staf akademik dan juga penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa bolehlah dilihat sebagai satu ransangan ekonomi terus kepada rakyat yang juga akan meningkatkan permintaan domestik yang menjana pertumbuhan ekonomik.

"Kesemua ini memerlukan paling minima perbelanjaan selama 10 tahun sedangkan usaha yang sama untuk pembangunan modal insan Silicon Valley di Amerika Syarikat telah mengambil masa 20 tahun sebelum ia dapat memberikan kesan yang besar didalam menyediakan tenaga kerja yang berqualiti," kata beliau lagi.

Sehubungan itu Nurul Izzah mencadangkan pembiayaan pelaburan pendidikan dan penyelidikan diperolehi daripada 30 peratus keuntungan tahunan Petronas dan program pengagihan semula ekuiti bumiputera di mana 30 peratus daripada nilai ekuiti dijual dengan nilai 'par value' kepada sebuah tabung pendidikan nasional Bumiputera.

0 Komen pengunjong :