Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SMM seru mahasiswa beri sokongan kes berprofil tinggi

hilman-serius-1-200x200 KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memandang serius terhadap semua kes melibatkan mahasiswa sepanjang tahun ini terutama dua kes berprofil tinggi – ‘Rosmah Puaka’ dan ‘UKM 4′ – serta menyeru mahasiswa bangkit memberi sokongan.
"Kebanyakan kes melibatkan pertembungan di antara mahasiswa dan pentadbiran universiti serta pemerintah," kata Ahli Majlis Pimpinan SMM Hilman Idham dalam satu kenyataan media hari ini.

Keputusan ‘prima facie’ kes ‘Rosmah Puaka’ akan didengar pada 24 September manakala penghakiman kes ‘UKM 4′ akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September ini.
Dalam menghadapi dua kes tersebut katanya, SMM menyeru seluruh mahasiswa, anak muda serta rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan memberi semangat serta kekuatan.
Menurut beliau, kedua-dua kes ini adalah pemangkin kepada kebangkitan seluruh mahasiswa di Malaysia.
"Kes ‘Rosmah Puaka’ dan ‘Kes UKM 4’ adalah kes yang melibatkan penindasan dan kezaliman terhadap mahasiswa. Atas nama perpaduan pelajar, SMM mengesa seluruh mahasiswa bersatu, biar dari pelbagai latar dan fahaman, agar menuntut keadilan buat mahasiswa.
Justeru itu, SMM akan memobilasi mahasiswa, berkumpul di Mahkamah untuk mendengar keputusan bagi kedua kes ini. Kita juga menyeru agar seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat Malaysia hadir untuk menyatakan sokongan mereka," ujar beliau.

0 Komen pengunjong :