Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Si Sepet, Si Botol' : Tindakan Tegas Atau 1Malaysia Dicela

SHAH ALAM 28 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada pilihan selain mengambil tindakan keras terhadap Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin yang  mengeluarkan kenyataan rasis, jika tidak mahu slogan 1 Malaysia gagasan beliau, terus dicela.
Bercakap kepada TV Selangor, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin berkata Najib perlu bersikap serius lantaran kenyataan rasis itu bertentangan dengan slogan 1 Malaysia yang kerap dikritik kebelakangan ini.
Katanya, semua pihak harus mengutuk kenyataan sedemikian, apatah lagi ia datangnya dari seorang pegawai tinggi kerajaan, lebih-lebih lagi operasi BTN menggunakan dana rakyat yang turut meliputi kaum Cina dan India.
"BTN ditanggung menggunakan wang rakyat, maka mereka patutnya membantu membangunkan  masyarakat. Tetapi, kenyataan Hamim jelas menunjukkan BTN memecah belahkan masyarakat majmuk," katanya.
Hamim didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam satu perjumpaan tertutup Puteri Umno dengan menggelar kaum Cina sebagai 'si mata sepet' dan masyarakat India sebagai 'si botol'.
"Ini satu kenyataan rasis yang saya sendiri mengutuk sekeras-kerasnya," kata Nizar  yang menganggap kenyataan berkenaan turut bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Tan Yee Kew pula menganggap Hamim tidak layak memberi latihan memandangkan sikap dan perbuatan Hamim hanya merosakkan  keharmonian negara ini.
"Adakah ini 1Malaysia yagn dimaksudkan oleh Najib? Dia patut dipecat dan saya harap tindakan tegas diambil terhadap Hamim," katanya sambil berpesan kepada  Najib 'jangan cakap tak serupa bikin'.

0 Komen pengunjong :