Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pengasas Wikipedia: "Penapisan Tidak Produktif"

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Malaysia perlu membuang amalan penapisan dan membuka ruang keterbukaan dalam melahirkan masyarakat berpendidikan bagi membawa  kemakmuran negara, kata pengasas Wikipedia, Jimmy Wales hari ini.

Menyifatkan 'Penapisan adalah tidak produktif', beliau berkata ia bukan lagi pilihan kepada kerajaan bagi mengukuhkan kekuasaan dengan mengawal sumber maklumat.

"Dalam konteks Malaysia, masih terdapat penapisan di negara ini yang saya rasa bukan lagi strategi efektif dari sudut perkembangan ekonomi dan kemakmuran. "Apabila rakyat mendapat maklumat yang diperlukan maka keputusan yang baik dapat dilakukan menerusi keterbukaan maklumat," kata beliau.

Bercakap demikian pada satu simposium, Wales berkata, penting bagi komuniti sesebuah negara untuk menyalurkan maklumat supaya masyarakat yang lain dapat berkongsi pengetahuan sama.

Berdasarkan perbincangan, beliau berpendapat Malaysia bergerak menuju ke arah yang betul walaupun kadang-kala terdapat sekatan.

Katanya, Malaysia sebuah negara yang komited dengan tidak mengenakan penapisan internet tetapi  masih mengawal ketat melalui kaedah pelesenan selain membenarkan media utama dikawal parti pemerintah.

0 Komen pengunjong :