Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS Mungkin Ikut KEADILAN Gunapakai Sistem Undi Terus

SHAH ALAM 22 Sept - Melihat kepada keberanian pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat perubahan drastik dengan memberi hak memilih secara langsung kepada ahlinya dalam Pemilihan 2010 kali ini, PAS juga akan menimbang menggunakan pendekatan sistem pemilihan undi yang sama bagi pemilihan parti akan datang.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sistem ini tidak pernah dicadangkan dan dibincangkan dalam PAS kerana ia amat berpuas hati dengan kaedah yang digunakan sehingga kini iaitu sistem delegasi yang juga diguna pakai oleh hampir kesemua parti politik di negara ini.
"Setakat ini kita (PAS) belum bincangkan sejauh mana sistem ini boleh diguna pakai di dalam pemilihan PAS kerana sistem undi terus merupakan satu proses yang rumit dan sukar dilaksanakan dengan baik.
"Selama ini itulah yang dijangkakan oleh PAS, dan sejauh mana PKR berjaya melaksanakannya akan mempengaruhi pendirian PAS pada masa akan datang," jelas beliau kepada Suara Keadilan.
Katanya lagi PAS akan mengkaji keberkesanan sistem undi terus berdasarkan kepada kejayaan dan kelemahgan yanng dihadapi oleh KEADILAN sebelum, semasa dan selepas pemilihan serta reaksi ahli secara keseluruhannya berkenaan sistem undi terus.
"Sistem undi terus ada kebaikan dan keburukannya, dan ini merupakan satu perkara yang boleh dibincang dan boleh dinilaikan dengan melihat kepada pencapaian PKR," jelas Khalid.
PAS mengadakan Muktamar Tahunan ke-55 dan juga pemilihan parti dari 5 hingga 7 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam.

0 Komen pengunjong :