Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nurul Beri Keterangan Berhubung Laporan Polis Isu Perkara 153

SHAH ALAM 22 Sept - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan memberi keterangan kepada pihak polis ini ekoran laporan yang dibuat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung kenyataan media mengenai jemputan beliau untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu.
Menurut pembantunya, Rabiatul Adawiah Abdul Rahim polis akan merekodkan kenyataan Nurul Izzah di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 12.30 tengahari hari ini.
Nurul Izzah dipanggil pihak polis berikutan dua laporan polis yang dibuat oleh dua pertubuhan tersebut pada 2 September lalu yang mendakwa beliau mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjemput Perkasa untuk berdebat mengenai isu kedudukan istimewa orang Melayu yang dibangkitkan dalam artikelnya berjudul "The ultimate Malaysian debate: Malaysia or Malaysaja?" yang diterbitkan pada 31 Ogos lalu sempena sambutan Hari Merdeka ke-53.
Nurul mempertikaikan mengapa tidak ada tindakan yang sama diambil terhadap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin yang mecadangkan Mei lalu masyarakat bukan Melayu diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di dalam projek Pembangunan Kampung Baru.
"Saya sudah jelaskan bahawa bukanlah niat saya untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar untuk mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.
"Yang saya hujahkan dalam tulisan saya sebelum ini adalah bukan kedudukan istimewa orang Melayu tetapi perlaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu?," soal Nurul Izzah.
Beliau kesal jemputannya ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa atas alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang ingin bincangkan hanyalah pelaksanaan dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan Perlembagaan.

0 Komen pengunjong :