Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok

JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.
“Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.
“Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.
Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.
Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.
“Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina. Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan,” katanya.
Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan system pembelajaran yang sama.
“Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan identiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan,” katanya.
Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. 

— Bernama

0 Komen pengunjong :