Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lesen peguam suspek dilucutkan tahun lalu

Majlis Peguam hari ini mendedahkan bahawa dua peguam yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah digantung kelayakan mereka sejak November tahun lalu.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata pasangan peguam adik beradik itu dilucutkan kelayakan mereka berhubung kes penipuan tanah dan tidak jujur.

Menurut Kesavan, meskipun telah dilucutkan kelayakan mereka oleh Majlis Peguam, pasangan adik beradik itu terus mengamalkan khidmat mereka selepas bejaya mendapatkan perintah penangguhan hukuman daripada Mahkamah Tinggi.

Katanya, Majlis Peguam tidak dapat menerima sebarang salah-laku oleh mana-mana ahlinya tetapi menekan bahawa suspek berkenaan berhak mendapat perwakilan yang sewajarnya.

“Tidak kira betapa keji atau berang seseorang terhadap sesuatu kes, setiap orang berhak mendapatkan perwakilan untuk diadili,” katanya pada sidang media di bangunan majlis Peguam di ibu negara.Katanya lagi, Majlis Peguam tidak boleh 'campurtangan' dengan kehidupan peribadi ahlinya bagi mengesan salah-laku. Ia hanya boleh bertindak ke atas seseorang peguam jika aduan membabitkan tindakan atau kelakuan profesionalnya.

"Sebarang tindakan jenayah di luar bidang amalan profesional peguam adalah di luar bidang kuasa Majlis Peguam. Menyalah Majlis Peguam tidak akan menyelesaikan masalah,” kata Kesavan.

"Agensi penguatkuasaan lain seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai mandat untuk membuat siasatan lain,” katanya.

0 Komen pengunjong :