Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes liwat Anwar disambung 14 Okt

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Kes liwat kedua Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung semula mulai 14 Oktober ini ekoran perkembangan terbaru semalam. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menetapkan 14 hingga 15 Oktober, 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 Disember ini sebagai tarikh baru perbicaraan kes itu.
Tarikh itu ditetapkan selepas Mahkamah Rayuan semalam mengetepikan rayuan Anwar berhubung permohonannya agar mahkamah menggugurkan tuduhan ke atas beliau ekoran dakwaan hubungan romantis antara penuduh dan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan seorang anggota pasukan pendakwaan, timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif.
Peguam Anwar Sankara Nair memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan semalam.
Rayuan difailkan pagi ini.
Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.
Hakim Datuk Ahmad Maarop yang mengetuai tiga anggota panel berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu menolak permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak boleh dibuat rayuan disebabkan Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA).
Beliau berkata ini kerana keputusan itu dibuat ketika perbicaraan sedang dijalankan dan bukan menafikan sepenuhnya hak Anwar.
Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma''ah sebulat suara menolak rayuan Anwar setelah menerima bantahan permulaan yang dibangkitkan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tanpa mendengar merit rayuan itu.
Dalam bantahan permulaannya, Mohamed Yusof mempertikaikan bahawa keputusan itu bukanlah satu perintah terakhir tetapi hanyalah prosedur dan tidak dimasukkan daripada makna "keputusan" mengikut Seksyen 3 CJA.
Peruntukan Seksyen 3 CJA menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak ada bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori yang diputuskan semasa perbicaraan sedang dijalankan kerana keputusan itu dianggap bukan satu perintah terakhir dan tidak menafikan hak sepenuhnya pihak berkaitan.
Bagaimanapun, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar memberitahu bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu boleh dibuat rayuan kerana jika Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan liwat itu, ia adalah satu perintah terakhir kerana ia merupakan berakhirnya pendakwaan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau.
Ini merupakan percubaan Anwar kedua untuk membatalkan pertuduhan itu. Kali ini ia berdasarkan alasan bahawa sikap tidak berpihak keseluruhan pihak pendakwaan telah dikompromi kerana dakwaan ada hubungan sulit antara Saiful dan Farah Azlina.
Anwar mendakwa bahawa berikutan dengan hubungan sulit itu, Saiful Bukhari akses kepada maklumat kes berkenaan dan menafikan beliau satu perbicaraan yang adil.
Permohonan pertama beliau untuk membatalkan pertuduhan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei lepas.
Alasan beliau ialah laporan perubatan berkenaan menyatakan bahawa tidak ada tanda penerapan masuk ke rektum Mohd Saiful Bukhari.
Anwar menghadapi perbicaraan atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada  26 Jun 26, 2008.

0 Komen pengunjong :