Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Malaysia-Indonesia: Umno Bersalah, Ketokohan Anwar Terserlah

JAKARTA 28 SEPT: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana parti pemerintah, Umno yang menggunakan media arus perdana dalam menyalakan sentimen negatif terhadap Indonesia.
Bercakap pada ceramah anjuran Sekolah Kerajaan Soegeng Sarjadi berjudul "Reformasi Politik dan Demokratisasi di Malaysia: Ke arah Persahabatan Antara Malaysia dan Indonesia", beliau berkata, ia menimbulkan ketegangan politik berpanjangan antara kedua-dua negara.
"Ya, mereka (Umno) bertindak seolah-olah Malaysia berada dalam ancaman diserang oleh amarah menggelegak di Indonesia, yang tidak benar. Sentimen ini tidak ada di Indonesia, meskipun ya ada kemarahan yang telah merebak di kalangan rakyat, "kata Anwar.
Mengikut Jakarta Post, beliau menganggap isu layanan buruk terhadap pekerja Indonesia di Malaysia, pertikaian sempadan dan tuntutan budaya adalah antara perselisihan  utama.
Anwar dilihat memainkan peranan  watak diplomatik dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia lantaran lebih mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara jiran itu berbanding pemimpin kerajaan Malaysia.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sentiasa mendapat liputan meluas di halaman depan media utama Indonesia termasuk Jakarta Post, Detik News dan Kompas ketika menghadiri beberapa sesi dialog di negara berkenaan.
Anwar mendapati  penahanan tiga marin Indonesia bulan lalu dan pegawai perikanan Malaysia di perairan ia banyak menyumbang ketegangan, apatah lagi  pemimpin kedua-dua negara dipaksa berdebat mengenai persengketaan, itu.
Beliau percaya  kecenderungan rakyat Malaysia memiliki pandangan negatif terhadap Indonesia, antaranya disebabkan liputan negatif  media Malaysia berhubung  peristiwa di Indonesia atau melibatkan Indonesia.
"Apabila kita melihat laporan media Malaysia, banyak laporan negatif (tentang Indonesia]: rusuhan, pekerja Indonesia yang dibuang dan ini adalah sesuatu yang sama sekali tidak positif.
"Jika media Malaysia melaporkan tentang mahkamah dan rasuah di Indonesia, ia seolah-olah semua orang Indonesia terlibat, walaupun kita tahu Malaysia korup juga." kata Anwar.
Bekas Timbalan Perdana Menteri  itu menyifatkan liputan negatif menjadi sebahagian faktor  persefahaman antara dua negara berjiran itu tidak seteguh pada masa beliau menyandang jawatan dalam kerajaan.
Walaupun Presiden Indonesia terdahulu, Sukarno dahulu pernah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’, Anwar berkata sentimen negatif  di kalangan masyarakat Indonesia terhadap Malaysia tidak luas seperti sekarang.
"Ini benar-benar tidak sihat untuk jangka panjang," katanya.

0 Komen pengunjong :