Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu BTN: MIC, DAP Gesa Tindakan Tegas, Dakwa Perlekeh 1 Malaysia

KUALA LUMPUR 28 SEPT :  Pemimpin-pemimpin MIC dan DAP berpendapat konsep 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri ekoran kenyataan terbaru seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) hari ini.
Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.
Pemimpin veteran itu mendakwa pendirian Muhyiddin, salah seorang yang menjadi juara mempertahankan jentera kerajaan BTN, yang didakwanya rasis juga menjadi sebab mengapa beliau gagal mengambil tindakan tegas ke atas pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman bulan lalu.
“Sepanjang 18 bulan dalam Kabinet, Muhyiddin telah bertindak sebagai juara mempertahankan racun antinasional dan anti 1 Malaysia dari BTN,” kata beliau.
Lim menambah, itu sebabnya Muhyiddin terus-menerus mengambil tindakan ‘membisu’ daripada mengecam dua pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.
Sehubungan itu Lim mengecam kata-kata yang dikeluarkan oleh timbalan pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husin pada majlis dialog tertutup bersama  Puteri Umno hari ini.
Hamim dipetik berkata hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara ini dan mereka perlu bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.
Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim, timbalan pengarah BTN Wilayah Persekutuan, pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini hari ini.
“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.
Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.
“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.
Kata beliau Dr Mahathir dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan juga masyarakat Cina, India dan Orang Asli hanya mempunyai hak kepada satu undi.
“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.
“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.
“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.
Dalam ulasannya, Lim berkata ia dengan jelas menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib diperlekehkan oleh musuh-musuh dalam kumpulannya sendiri.
“Kenyataan ini adalah bukti terbaru bahawa musuh utama 1 Malaysia Najib ialah daripada kem sendiri, bukan sahaja dari Umno tetapi juga BTN dalam kerajaan,” kata beliau.
Lim menambah, apabila BTN terus-menerus menggunakan pendekatan ofensif, tidak sensitif dan kempen percambahan fikiran yang bersifat rasis, bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi diperluaskan meliputi aktivis politik dalam lingkungan Umno termasuk Puteri Umno, maka adalah jelas Najib berhadapan dengan tentangan terbuka, yang mempunyai sokongan Muhyiddin.
Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.
Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.
Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.
“Saya merujuk kepada artikel dalam portal berita yang memetik timbalan pengarah BTN menggunakan kata-kata kesal ke atas bukan Melayu pada mesyuarat tertutup Puteri Umno hari ini.
“Saya ingin menekankan bahawa BTN adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Jika seorang pegawai dari agensi itu didapati mengeluarkan kenyataan seumpama itu, ia boleh dilihat sebagai menggambarkan pandangan kerajaan,” katanya.
Subramaniam menggesa Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
(MalaysianInsider)

0 Komen pengunjong :