Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Aktivis awam, NGO teguh di belakang Zunar

Sebagai tanda perpaduan, sekumpulan aktivis dan NGO yang memperjuangkan kebebasan media dan hak bersuara, menyatakan sokongan mereka kepada kartunis politik, Zulkifli Anwar Ulhaque. Semalam, Zulkifli yang lebih dikenali dengan nama penanya Zunar, ditangkap polis dan salinan buku karya terbarunya 'cartoon-o-phobia' dirampas.

"Cukuplah tu," kata penyelaras One Muted Malaysia, Josh Hong (kanan) dalam satu sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.

Kolumnis politik itu berkata mereka menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa masyarakat tidak akan lagi menerima tindakan seperti gangguan yang dihadapi Zunar semalam.

"Sudah tiba masanya bagi orang awam menuntut kembali hak untuk bercakap," kata Hong yang juga mewakili Pakatan Penulis Untuk Kebebasan Media (Wami).

Menurutnya, One Muted Malaysia menuntut kerajaan memberikan penjelasan yang jelas mengapa dibuat serbuan dan menuntut dikembalikan 70 atau lebih salinan buku Zunar yang dirampas, serta dihapuskan PPPA yang dijadikan sebagai alat penindasan.


Wakil Kumpulan Bertindak Media 528, Ng Yap Hwa pula berkata tindakan kerajaan itu bertentangan dengan matlamat untuk mewujudkan Malaysia yang harmoni.

"Ruang yang lebih besar demokratik harus berjalan seiring dengan pembangunan ekonomi," tegas Ng.

Pandangan Ng itu disokong oleh wakil Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng yang berkata suasana yang diwujudkan oleh kerajaan dengan menangkap Zunar "tidak kondusif dengan slogan 1Malaysia".

Manakala Faisal Mustaffa dari Bersih 2.0 berpendapat bahawa gangguan terhadap Zunar itu bercanggah dengan prinsip demokrasi.

0 Komen pengunjong :