Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perpaduan Melayu bukan setakat perpaduan politik

razak
PETALING JAYA: "Perpaduan Melayu hanya tercapai jika parti politik berteraskan Melayu bersatu," kata Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Selangor (GPMS), Faizal Salleh.
Beliau berkata, "untuk parti politik Melayu bersatu, mereka perlu membuang ego dan kepentingan politik.
"Parti politik Melayu perlu mencari titik pertemuan agar perpaduan tercapai dan pihak-pihak lain tidak mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.

GPMS, kata Faizal, tidak mahu nasib orang Melayu Malaysia menjadi seperti orang Melayu di Singapura.
Katanya, GPMS sebagai badan orang muda khususnya pelajar, jika perpaduan tidak wujud termasuk di kalangan mereka ia akan menghancurkan lagi orang Melayu di masa depan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya umat Islam bersatu mempertahankan agama dan bangsa.
Perpaduan ummah
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohd Razak Idris berpendapat, perpaduan yang paling penting kepada orang Melayu ialah perpaduan ummah.
"Perpaduan politik cuma sebahagian dari perpaduan tetapi lebih baik meliputi semua bidang termasuk agama, masyarakat dan ekonomi orang Melayu.
"Orang yang paling sesuai memimpin untuk perpaduan Melayu ialah Raja-Raja Melayu kerana mereka mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Melayu," katanya.
Mohd Razak berkata, Abim boleh memainkan peranan menyediakan ruang untuk pihak-pihak yang terbabit dengan perpaduan Melayu bertemu untuk berbincang bagi memastikan perpaduan Melayu menjadi kenyataan.
Katanya, perpecahan politik seharusnya tidak menjadikan masyarakat Melayu berpecah belah kerana perpecahan politik adalah lumrah dalam sebuah negara demokrasi.

0 Komen pengunjong :