Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Peguam Kesal Polis Panggil Azzamudin Buat Kawad Cam Secara Tergesa-gesa

SHAH ALAM 7 Jul - Peguam Azzamudin Omar, rakan kepada Aminulrasyid Amzah, remaja 14 tahun yang mati ditembak polis 27 April lalu kesal dengan tindakan polis yang memanggil  anak guam membuat
kawad cam secara tergesa-gesa di Ibupejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam petang semalam.

Farhana Abdul Halim yang mewakili Azzamudin dan  wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Monaliza Mokhtar yang ditemui media bersama Azzamudin di perkarangan ibupejabat polis berkata pihaknya hanya
diberitahu secara tiba-tiba dan kawad cam telah pun dijalankan.

"Kita sangat tidak berpuas hati kerana Azzamudin dipanggil dalam waktu yang singkat tanpa sempat memaklumkan kepada peguam.

"Azzamudin telah dimarahi oleh salah seorang pegawai polis untuk mempercepatkan proses kawad cam itu malahan beliau dibuat seperti seorang pesalah.

"Cara mereka mengadakan kawad cam itu adalah amat tidak profesional langsung dan beliau ditakut-takutkan dengan cara yang sangat tidak beretika," ujar Farhana.

Katanya lagi, pihaknya sememangnya menjangkakan Azzamudin tidak akan dapat mengecam kerana kejadian tersebut berlaku dalam keadaan yang amat pantas dan gelap,

Kata Farhana sudah tentu keadaan ini menyukarkan Azzamudin untuk membuat pengecaman sama ada polis yang memukulnya itu berpakaian seragam atau tidak.

"Kawad cam ini adalah daripada laporan polis pada 26 Mei lalu yang mana Azzamudin membuat laporan berhubung beliau dipukul semasa arwah Aminulrasyid mati ditembak polis.

"Proses itu dijalankan oleh pegawai polis, ASP Shanmugam daripada Ibupejabat Polis Bukit Aman,"

Dalam pada itu, bapa Azzamudin, Omar yang juga merupakan pegawai polis dari ibu pejabat polis yang sama melarang anaknya menemui media selepas kawad cam itu dengan alasan tidak mahu media
memainkan isu tersebut kerana beliau baru sahaja 'selesa' untuk bekerja.

- Suara Keadilan

1 comment :

  1. geram btol bila tgk tv mcm2 usaha nak jatuhkn PR

    mudahan kita semua tak goyah

    ReplyDelete