Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts

Najib patut debat, tak berani bawa Dr M sekali

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim  mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawan pembangkang dengan cara yang lebih terdidik dan demokratik.

Bagi beliau, dengan pilihan raya yang sudah sangat dekat, Najib patut melawan pembangkang dengan berdepan dengan mereka dalam isu-isu yang dibangkitkan.

Bagi beliau, BN mempunyai pakar-pakar ekonomi, agama dan penerangan yang hebat untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat.

"Bila Datuk Seri Anwar sedang memperhalusi semula erti Merdeka di depan 100,000 peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat, PM sibuk dengan memberi pelbagai habuan, kali ini di Semenyih," tulis Zaid dalam blognya.

"Apa yang menghairankan saya adalah, kenapa dia tidak bangun dan melawan pembangkang dengan membahaskan isu," kata Zaid.

Bagi beliau, Najib sepatutnya mengarahkan para pendebatnya berlawan dengan mereka.

"Dia patut arahkan menteri yang menguruskan hal ehwal agama menyatakan sikapnya dalam isu nama Allah, bandingkan dengan pendirian Anwar Ibrahim, dan debatkan isu itu keseluruhannya.

"PM mempunyai pasukan penasihat yang baik dalam isu ekonomi.

"Dan jika tidak cukup bawa sekali Tun Dr Mahathir untuk membantu beliau berdebat dengan Anwar dalam pelbagai isu ekonomi," kata Zaid.
Seterusnya >>>

Zaid Ibrahim kritik Dr Mahathir kerana hentam Pakatan

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyeru kepada pengundi untuk mengenepikan amaran yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghancurkan Malaysia.
Dalam blog yang diterbitkan, Zaid mengatakan Dr Mahathir dan Anwar menghentam sesama sendiri dan mengatakan Anwar lebih baik dari segi integriti moral, perhubungan dengan masyarakat luar bandar dan pengaruh Islam.
Zaid berkata, kenyataan terbaru Dr Mahathir tidak boleh dilihat sebagai objektif kerana datang daripada seseorang yang "terkedu" apabila Anwar masih kekal walaupun menghadapi “tsunami” dalam karier politiknya.
Zaid dalam blognya mengatakan jika Anwar menjadi perdana menteri, ia adalah “kekalahan terbesar” Dr Mahathir.
“Dr M tidak boleh menerima hakikat bahawa individu yang beliau tentang dengan seluruh jentera kerajaan masih lagi pemimpin politik yang lebih popular dari beliau,” kata Zaid lagi.
Ahli politik yang mempunyai sejarah politik berwarna warni, dari menjadi menteri di Umno kepada pemimpin di PKR, mengatakan PR seharusnya diberi peluang untuk memerintah, walaupun Dr Mahathir berulang kali mengkritik tentang pakatan pembangkang yang sukar untuk membentuk kerajaan.
Zaid bersetuju Anwar “tidak banyak melakukan perkara baik” ketika beliau menyertai Umno, atau semasa beliau menjadi menteri pendidikan atau timbalan perdana menteri. “Beliau bukanlah seorang pelopor,” kata Zaid lagi.
“Beliau sombong, feudalistik, keras kepala, dan lebih berminat untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam parti berbanding perubahan.”
Namun begitu, Zaid menambah bahawa pengalaman traumatik semasa karier Anwar hampir berhenti apabila beliau dipenjara, dipukul serta dimalukan kerajaan sudah pasti mengubah dirinya menjadi lebih baik.
Anwar kini seorang “yang berbeza”, dan kali ini, Anwar mengetahui apa beliau perlu lakukan, terutamanya tentang mengubah pemikiran dan menukar kerajaan yang lebih bersih dan sederhana, menurut Zaid dalam blog tersebut.
“Mereka tidak mahu pemimpin yang korup dan kayakan diri sendiri, parti dan keluarga,” kata Zaid. “Anwar dan ahli keluarganya tidak kaya, dan mereka hidup serba sederhana,” tambah beliau lagi.
Zaid berkata pengalaman Anwar telah menjadikan beliau menjadi terkenal dalam politik, dan mengenali lebih rapat dengan pedalaman di Malaysia dan golongan miskin di bandar apabila beliau bergerak di seluruh negara membawa perjuangannya.
Zaid berkata Anwar sangat mengambil berat dan ketulenan dalam memperjuangkan keadilan, berdasar pengalaman beliau sendiri.
“Mereka benar-benar berjuang dan kita boleh percaya. Beliau sudah berubah, tetapi Dr M tidak,” katanya lagi.
Zaid adalah menteri kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi dipecat pada tahun 2008, selepas beliau meletak jawatan membantah keputusan kerajaan untuk menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk menangkap ahli politik pembangkang, blogger dan wartawan.
Dr Mahathir menjadi penyokong kuat untuk Datuk Seri Najib Razak, dan pengaruhnya di dalam parti telah menutup rancangan transformasi dengan bermain isu perkauman.
Seterusnya >>>

PRU: Presiden Kita dakwa BN sudah panik

ZAID IBRAHIM

KOTA BHARU - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) mendakwa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasioanal (BN) sudah mula panik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan tergesa-gesa Khamis lalu.

Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, undang-udang yang membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengehadkan masa untuk petugas tempat mengudi dan mengira undi menimbulkan keraguan.

"Kita bimbang bila SPR ada kuasa menentukan masa untuk petugas, mungkin ada muslihat di sebalik akta yang dipinda pada saat-saat akhir ini," katanya pada persidangan perwakilan tahunan Kita di sini, hari ini.

Zaid berkata, pembangkang sepatutnya diberi masa untuk meneliti pindaan dan berbincang terlebih dahulu.

Khamis, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas melalui sesi perbahasan lebih tujuh jam.

Pindaan itu, yang dibentangkan pada 9 April lepas, bertujuan memperkemas proses pengundian pilihan raya termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang  menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian kecuali bagi mereka yang mengundi daripada 50 meter kepada 100 meter.

Pindaan itu tidak melibatkan 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen  Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

Pindaan itu juga mengenakan larangan wakil calon berada di barong SPR pada hari pengundian.

Larangan itu bertujuan bagi memastikan petugas SPR tidak terganggu dan pengundi dalam keadaan selesa.

Barong panas parti bagi menyemak daftar pemilih tidak dibenarkan kerana parti tiada kuasa untuk tentukan identiti pemilih.
Seterusnya >>>

Satu kesilapan cabar Timbalan Presiden PKR

NONEDalam satu pusingan pilihan raya, Datuk Zaid Ibrahim beranjak daripada seorang menteri Umno untuk menjadi anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR dan kemudiannya menjadi presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Namun begitu, Zaid bangga kerana meletakkan jawatan dalam kerajaan sebagai membantah penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; penulis blog Raja Petra Kamaruddin serta wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila ditanya tentang kekesalannya, Zaid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya semalam berkata ia satu kesilapan mencabar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi jawatan nombor dua itu sewaktu beliau berada dalam PKR.

"Kekesalan yang saya fikir adalah ... mencabar Azmin bagi jawatan timbalan (presiden) PKR, kerana saya tidak tahu parti itu.

"Parti itu belum bersedia untuk pemilihan secara langsung; ia kucar-kacir... bila direnung semula, ia bukan satu keputusan yang betul (untuk mencabar Azmin).

"Kesilapan saya ialah... saya mempunyai banyak sokongan dalam parti, saya fikir saya boleh melakukan sesuatu yang berbeza untuk menukar PKR.

"Tetapi saya terlepas pandang hakikat bahawa (supremo PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan seseorang yang beliau boleh percaya kerana keadaannya. (Lagi pun) beliau mungkin (ke penjara berhubng kes Liwat II).

"Jadi, mencabar Azmin adalah satu kesilapan dalam erti kata demikian," katanya, sambil menambah bahawa pada masa itu, beliau merupakan pendatang baru dalam parti tersebut.

Selepas meletak jawatan dalam kerajaan dan Umno, Zaid ditarik menyertai PKR pada tahun 2009 sebagai penyelaras dasar Pakatan Rakyat, untuk meletakkan asas bagi rangka kerja bersama polisi pakatan.

Pada tahun 2010, beliau mencabar Azmin bagi jawatan timbalan presiden PKR tetapi kemudiannya menarik diri selepas menuduh lawannya melakukan penipuan semasa pemilihan parti.

Episod tersebut mencetuskan kepada perang mulut, dan berikutan itu Zaid meninggalkan PKR dan membentuk KITA.

'Silap buka KITA seperti pasaraya'

Satu lagi kekesalan, kata Zaid, ialah kerana "secara bebas memberikan" borang keahlian untuk menyertai KITA - parti yang kini mahu dibubarkannya.

"Kesilapan lain adalah apabila saya membentuk KITA, saya sepatutnya
lebih berhati-hati," katanya sambil menambah beliau sepatutnya sabar memilih orang yang betul menyertai parti itu.

"Saya sepatutnya interviu mereka dan bukannya membuka (keahlian) seperti sebuah pasaraya," katanya.

Tindakan tersebut, tambahnya, menyebabkan beberapa ahli KITA yang  tidak ada kepercayaan terhadap perjuangan parti itu dan mempunyai agenda mereka sendiri.

Seterusnya >>>

Zaid Ibrahim nafi tarik balik bubar KITA

Zaid nafi tarik bubar Kita, pembubaran tetap diteruskan

KUALA LUMPUR-— Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa beliau menarik semula keputusan membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita).
Zaid, presiden Kita, memberitahu The Malaysian Insider satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan tetap diadakan seperti yang dirancang.
“Saya tidak tahu dari mana anda mendapat cerita ini (tarik semula). Seperti yang saya katakan di dalam blog, ia (pembubaran) akan dibentangkan semasa EGM,” katanya ketika dihubungi malam ini.
“Tiada apa yang berubah. Jika ada apa-apa, saya akan beritahu anda. Okay?” tambahnya.
The Malaysian Insider memetik Sinar Harian Online yang mengatakan Zaid memutuskan untuk menarik semula keputusan membubarkan Kita.
Menurut artikel berbahasa Malaysia itu, Zaid telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri melalui pegawai kanannya.
“Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan,” kata Pengerusi Kita Johor Dr Mohd Zaid Mohd Yusof.
Dr Mohd Zaid menambah jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab parti itu harus dibubarkan.
Kenyataan Zaid ini menunjukkan laporan Sinar Harian Online tidak tepat.
Dalam satu pengumuman mengejutkan di laman web Kita, Khamis lalu, Zaid (gambar) berkata EGM akan diadakan untuk membubarkan Kita berikutan laporan-laporan ahli-ahli di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat, “menunjukkan mereka tidak berminat terhadap isu-isu sebenar dan hanya mahu memalukan kepimpinan pembangkang.”
“Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan,” kata bekas menteri Umno ini. “Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang.”
Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan.
Zaid, bekas ahli Parlimen Umno menyertai PKR pada Jun 2009. Beliau meninggalkan Umno selepas mempertikaikan penahanan wakil rakyat DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.
Zaid kemudian bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub sebelum meninggalkan parti itu tahun lepas. Beliau juga merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor namun tewas kepada P. Kamalanathan dari MIC.
Zaid meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya parti itu mkendakwa berlaku penyelewengan sebelum menubuhkan Kita.
Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid.
Selain itu, Zaid juga mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang.
Seterusnya >>>

Zaid tarik balik keputusan bubar Kita


KUALA LUMPUR, 5 Feb — Datuk Zaid Ibrahim menarik semula keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), parti yang dibentuk beliau selepas keluar PKR.
Menurut Sinar Harian Online, Zaid menerusi pegawai kananya telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri pagi ini.
“Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan,” kata Pengerusi Kita Johor Dr Mohd Zaid Mohd Yusof.
Dr Mohd Zaid menambah jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab parti itu harus dibubarkan.
Dalam satu pengumuman mengejutkan di laman web Kita, Khamis lalu, Zaid berkata satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan diadakan untuk membubarkan Kita berikutan laporan-laporan ahli-ahli di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat, “menunjukkan mereka tidak berminat terhadap isu-isu sebenar dan hanya mahu memalukan kepimpinan pembangkang.”
“Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan,” kata bekas menteri Umno ini. “Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang.”
Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan.
Zaid, bekas ahli Parlimen Umno menyertai PKR pada Jun 2009. Beliau meninggalkan Umno selepas mempertikaikan penahanan wakil rakyat DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.
Zaid kemudian bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub sebelum meninggalkan parti itu tahun lepas. Beliau juga merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor namun tewas kepada P. Kamalanathan dari MIC.
Zaid meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya parti itu mkendakwa berlaku penyelewengan sebelum menubuhkan Kita.
Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid.
Baru-baru ini Zaid mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang.
Seterusnya >>>

Zaid 'kuasa ketiga' baru pro-Pakatan?

zaid ibrahim quits pkr 191110 02Spekulasi berhubung parti pilihan Datuk Zaid Ibrahim selepas mengumumkan hasratnya untuk membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) terus diperkatakan. Namun, jika diambilkira perkembangan terkini, ia mungkin tidak menjadi satu kenyataan.

Setelah beberapa siri perbincangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, bekas menteri Umno zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi itu dikatakan diberikan tugas lain menggunakan formula yang hampir sama dengan yang didakwa dilakukan BN melalui “kuasa ketiga”.

Menurut sumber, Zaid akan terus bergerak secara bebas tetapi bersikap 'mesra Pakatan' dan berperanan menjawab kritikan agresif kumpulan seperti NGO seperti JATI yang ditubuhkan Dr Hasan Ali, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan beberapa anggota parlimen bebas  'mesra BN'.

Peranan Zaid itu, jika menjadi kenyataan, akan menguatkan kuasa ketiga yang dilihat memberi manfaat kepada Pakatan, seiring dengan gerakan Asalkan Bukan Umno-BN (ABU) dan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) yang disertai penulis blog 'dalam buangan' Raja Petra Kamaruddin.

Ia juga sekaligus mengukuhkan sektor-sektor lain, seperti kumpulan NGO, mahasiswa dan peguam, yang walaupun tidak mendokong Pakatan secara langsung tetapi memperjuangkan isu hampir sama, seperti pemansuhan akta anti hak asasi manusia, termasuk ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Bagi pemerhati politik, pertembungan kuasa-kuasa ketiga daripada kedua-dua pihak BN dan Pakatan amat menarik diperhatikan dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Besarnya pertembungan itu sehingga menjalar sampai kepada penubuhan beberapa NGO kecil tetapi konsisten,  seperti Jaringan Melayu Muda (JMM), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) di pihak BN dan JINGGA 13 di sebelah lagi.

Bagaimanapun, Zaid juga dilihat menghadapi dilema dengan keengganan beberapa pemimpin KITA yang menolak hasratnya membubarkan parti yang kini berusia setahun.Malah, terdapat usaha daripada dalam untuk menentang hasrat Zaid mengadakan mesyuarat agung khas pembubarannya, terutamanya dari Kedah.

Pada 2 Februari lalu, KITA negeri itu secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk bekerjasama dengan kuasa ketiga yang diterajui  Hasan yang dipecat PAS baru-baru ini – hasrat yang sama sekali bertentangan dengan usaha Zaid.

Sementara itu, sumber-sumber juga memberitahu, hasrat Zaid membubarkan KITA tidak lama lagi dan berikrar bersama pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 dikatakan langkah awal memulakan tugas barunya itu.

“Lagi pun, KITA tidak akan sampai ke mana-mana,” kata sumber yang dekat dengan PKR kepada Malaysiakini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan DAP pula memberitahu, paling awal Zaid kembali secara rasmi dalam Pakatan selepas pilihan raya umum nanti, kemungkinan besarnya ke DAP.

Walaupun ada cakap-cakap bahawa ada suara kecil yang mahukan beliau kembali kepada PKR, tetapi penolakan dalaman – akibat serangan berterusannya kepada parti itu bermula dari isu pemilihan langsungBsebelum ini – menjadi halangan besar.

DAP pula walaupun sebelum ini dikatakan kuat menentang penyertaan Zaid dalam PKR pada Jun 2009, kini dikatakan lebih bersikap lunak ekoran dasar barunya yang  mahu menarik seramai mungkin pemimpin Melayu.

Bagaimanapun, DAP – yang menghadapi masalah persepsi 'parti Cina' – juga perlu mempertimbangkan keselesaan rakan gabungannya, terutama PKR yang dilihat masih ragu-ragu terhadap usaha Zaid mendekati Pakatan.

“Melihat apa yang sudah dilakukan Zaid, sukarlah untuk parti menerimanya kembali,” kata sumber PKR sambil memberitahu isu itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat biro politik mereka beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, walau apa pun spekulasinya, karier politik Zaid yang dilihat berubah-rubah amat sukar diramal, sejak beliau meletakkan jawatan secara mengejut daripada Umno dan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Septermber 2008.

Melalui KITA pula, beliau sebelum ini pernah memohon maaf kepada perdana menteri kerana tidak pernah yakin pada keupayaannnya memansuhkan ISA tetapi tidak lama selepas itu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula.

Kesemua ini dipertimbangkan dengan teliti oleh Pakatan.
Seterusnya >>>

Zaid: KITA tak bertanding jika jejas pembangkang

NONEPresiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang.

Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat."

KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin Umno terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya.

"Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.
Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."
Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum.
"DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina.
"Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.

Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari.

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi.
Seterusnya >>>

Kita mampu saingi Pakatan, BN


KUALA LUMPUR, 21 Dis — Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh yakin memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan membawa impak signifikan dalam pilihan raya umum ke-13 meskipun ahlinya hanya sekitar 300 orang sekarang. Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini berkata, walaupun parti barunya kecil dari segi keanggotaan, tetapi mampu memberi saingan kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan calon-calon yang berkualiti.
“Sudah pasti kami boleh lakukan. Ya, kami sudah ada sejumlah calon. Saya tidak boleh mengatakan berapa ramai, tetapi ya, saya salah seorang daripada mereka.
“Kami ada keanggotaan yang kecil jumlahnya, hanya kira-kira 300 orang, tetapi bukan aspek keahlian yang menentukan sokongan, tetapi kualiti pemimpin-pemimpin kami,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu pertemuan eksklusif baru-baru ini.
Rabu lalu, parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang berpangkalan di Kelantan ditukar menjadi Kita selepas Zaid dipilih sebagai presiden yang baru.
Zaid , yang keluar PKR bulan lalu berkata, bilangan keanggotaan Kita dijangka meningkat berlipat ganda dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya umum ke-13.
Bekas menteri Kabinet ini juga mendakwa bahawa sementara musuh-musuhnya sudah pun menyangkal kesan kehadiran mereka dalam landskap politik negara, Zaid masih percaya pihaknya “sudah pun membawa kelainan” setakat ini.
“Saya percaya saya sudah pun bawa banyak kelainan (setakat ini). Jadi oleh itu, kehadiran kami akan dirasai,” kata beliau yang juga seorang peguam, menyertai Umno sebelum dipecat akhir 2008.
Beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Baru pada 2004 semasa masih dalam Umno dan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu atas tiket PKR-Pakatan tetapi tewas.
Sambil berkata beliau membiayai Kita, Zaid menjelaskan bahawa pihaknya sedang menghimpunkan sumber-sumber untuk menghadapi menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
Katanya, calon-calon yang mewakili Kita kemungkinan sepadan dengan mereka yang mewakili BN ataupun Pakatan Rakyat tetapi barisan calonnya mampu menarik sokongan memandangkan ia membawa dasar-dasar dan idelologi yang baik tanpa hanya terlibat dalam perkara-perkara yang remeh-temeh dengan parti saingan.
“Kami tidak banyak wang, jadi kami akan membelanjakan wang yang kecil jumlahnya tetapi kami akan berjuang bersandarkan pada kepercayaan kami, ideal kami, dasar-dasar kami,” kata beliau.
Zaid juga menekankan bahawa beliau tidak menggunakan Kita untuk mendapatkan “populariti segera” bagi dirinya selepas keluar dari PKR, di mana beliau bertanding jawatan timbalan presiden tetapi menarik diri dengan mendakwa wujud kecacatan dan manipulasi dalam proses pemilihan.
Zaid menyertai PKR pertengahan tahun lepas. “Memperoleh populariti segera atau cepat, bukan itu yang saya mahukan.
“Anda kena menang berdasarkan sesuatu yang substantif. Dari segi itu, saya tidak berlawan dengan mereka (BN atau Pakatan Rakyat), saya tidak perlu menyertai permainan mereka.
“Saya bermain dalam perlawanan yang saya rasakan terbaik untuk rakyat. Saya mahu tangani isu-isu rakyat, bukannya bermain politik atau hanya melaung-laungkan slogan,” kata beliau lagi.
Sehubungan itu, Zaid yakin bahawa rakyat akan melihat tawaran Kita dengan baik tanpa melihatnya sebagai ahli politik gilakan kuasa.
“Orang ramai boleh mengatakan apa sahaja mereka mahukan, saya tidak bebas daripada semua ini.
“Tetapi saya pasti bahawa rakyat akan memandang saya dengan baik,” kata beliau sambil menambah, orang ramai masih menganggapnya sebagai seorang yang mempunyai prinsip dan seorang pemimpin yang tidak gementar untuk bercakap mengenai ketidakadilan.
“Jadi, saya lega dengan pandangan sedemikian,” katanya lagi. Kata Zaid, objektif Kita ialah membawa “kewarasan” kepada arena politik Malaysia yang didakwa “berbalah” di semua peringkat.
“Ia sangat bersifat kombatif tetapi bukan spesifik. Ia seperti enam lelaki buta bercakap mengenai seekor gajah tetapi menggambarkan dengan cara yang berbeza.
“Seorang bercakap mengenai Ketuanan Melayu, kemudian seorang lagi bercakap mengenai Ketuanan Rakyat,” katanya yang turut mengkritik Pakatan Rakyat dan BN hanya bercakap tentang slogan tetapi gagal menyelesaikan isu-isu menyentuh kepentingan rakyat seperti perkauman, mengadakan dasar ekonomi yang baik, keselamatan dan lain-lain.
“Pakatan tidak menyelesaikan apa-apa pun. Mereka hanya berminat untuk menang pilihan raya,” kata Zaid yang berpendapat perikatan itu sebenarnya tiga parti berasingan yang cuba mahu mendapatkan kuasa daripada BN.

- MalaysiaInsider
Seterusnya >>>

Kita tak akan sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 15 Dis — Datuk Zaid Ibrahim menegaskan parti baru yang diterajuinya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak akan menyertai Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008. Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini berkata, Kita yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, yang akan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.
Kita juga akan bertindak sebagai parti pelbagai kaum, kata Zaid.
“Kita parti bebas, ada ideologi dan ada dasar. Kita tidak akan sertai Pakatan Rakyat.
“Tapi kalau ada perkara-perkara yang kita rasa penting kita akan sokong sahaja,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Akim di sini yang disertai sekitar 200 perwakilan.
Zaid menerajui parti itu selepas genap sebelum meninggalkan PKR ekoran isu kecacatan dan kelemahan dalam sistem pemilihan parti itu.
Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.
Seterusnya >>>

AKIM tukar nama, Zaid Ibrahim jadi presiden


Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.

Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.
Seterusnya >>>

Zaid, penyokongnya tak pernah ajak Mustaffa keluar PKR sertai parti baru


KUALA LUMPUR, 29 Nov — Datuk Zaid Ibrahim yang keluar PKR baru-baru ini dan mahu menubuhkan parti yang baru menafikan pihaknya pernah mengajak bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub agar menyertai pihaknya untuk meneruskan perjuangan dari luar parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. “Sudah pasti tidak, pada bila-bila masa Datuk Zaid atau saya atau mana-mana orang kanan Datuk Zaid ada membuat tawaran kepada Mustaffa supaya keluar PKR dan menyertai parti baru yang hendak ditubuhkan, tidak, sama sekali tidak,” kata pembantu politik kepada Zaid, Muhammad Firdaus Christopher ketika dihubungi.
Kata beliau, pihaknya tidak pasti kemungkinan ada pihak luar yang mengadakan perbincangan dengan Mustaffa dan jika ada ia tidak boleh dikaitkan dengan Zaid.
“Tetapi bukan daripada kami. Beliau (Mustaffa) memberikan gambaran yang salah (kononnya diajak orang Zaid),” kata beliau lagi.
Sehubungan itu, Muhammad Firdaus juga berkata, pihaknya tidak mahu menerima mana-mana individu yang tiada kredibiliti, merujuk kepada pendirian Mustaffa yang memberikan kata dua 48 jam kepada pucuk kepimpinan PKR agar pemilihan pusat dibatalkan dan diadakan semula tetapi meneruskan saingan dengan protes.
“Isunya ialah soal kredibiliti, kalau tiada kredibiliti macam mana (kita hendak menerima), kita tidak mahu orang yang suka ‘flip-flop’... bukannya seseorang yang merestui ketidakadilan, berbohong,” kata beliau.
Zaid meninggalkan PKR selepas menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden.
Mustaffa juga memberikan kata dua 48 jam kepada PKR agar mengatasi masalah yang dibangkitkan berhubung kecacatan dan kepincangan yang wujud.
Dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR semalam, Mustaffa berkata, beliau akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen PR itu.
Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Zaid dan juga orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah.
“Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti.
“Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat,” kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini.
Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat.
“Kali ini, betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.
“Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita,” katanya.
Jawatan timbalan presiden dimenangi oleh Azmin Ali.
Seterusnya >>>

Zaid Ibrahim Watak Cemar Pemilihan PKR 2010

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim disifatkan watak utama yang mencemar proses pemilihan PKR 2010, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Beliau berkata tindakan Zaid berundur daripada saingan timbalan presiden dan kemudiannya keluar dari parti memberikan media arus perdana kawalan Umno peluru untuk menggambarkan parti itu seolah-olah dalam krisis, namun hakikat adalah sebaliknya.

" Zaid Ibrahim diambil sebagai watak utama untuk diperanankan menjadi pencetus kepada huru-hara ini tetapi yang jelas ialah, rakyat tidak terima kerana rakyat tahu siapa Zaid Ibrahim sebenarnya.  
" Saya boleh katakan dia seorang pengkhinat yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia dapat.Seorang yang tidak tahu bersyukur, tidak sedar diri, di mana kesannya tidak ada langsung dalam pemilihan. Kalau Zaid ada atau tidak ada pun, lebih kurang sama sahaja," kata Abdulah lagi.
Walaupun diberi peluang untuk menjadi calon PKR pada pilihanraya kecil Hulu selangor dan menjadi memimpin PKR wilayah persekutuan serta menjadi ahli biro politik parti, Zaid mendakwa beliau tidak diberi tempat dalam kepimpinan PKR. 
Lalu beliau menarik diri dari saingan untuk menjadi timbalan presiden dan mahukan Datuk seri Anwar Ibrahim dan pencabarnya Azmin Ali untuk berundur dari parti itu.
Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali, mengimbas bahawa Zaid memperhebatkan kritikannya terhadap kepimpinan parti apabila undi yang diterima menunjukkan penurunan berbanding dengan sokongan yang diterimaoleh Azmin. 
" Corak ini hampir serupa semasa pengundian untuk pemilihan. Bila mula-mula kelantan, Kedah dan sebagainya,lebih banyak undi Zaid, waktu itu dia diam, tidak sebut tentang perkara-perkara buruk yang berlaku tetapi bila dekat dengan kawasan-kawasan masalah dia,pengundian dia mulai menurun dan Azmin naik.
" Dia menyangka dia mendapat banyak undi ari Sabah, sebagaimana dia menyangka dia mendapat banyak pencalonan di Sabah tapi dia tidak dapat.
" Tapi bila nampak itu, itu yang membuat dia kelihatan membuat keputusan untuk berundur.Dia tahu dia akhirnya kalah," kata Syed Husin lagi.
Jika Zaid mengharapkan tindakan beliau berundur dari PKR berkuat kuasa 16 Disember akan memberi kesan kepada pemilihan parti, beliau silap langkah.  
" Sebelum Datuk Zaid menarik diri dari pertandingan, anggota yang keluar mengundi lebih kurang 9 peratus, selepas beliau menarik diri, jumlah itu tidak naik mahupun turun," kata Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan PKR, Radin Shamsulkamar Radin Shamsuddin pula.
Seterusnya >>>

Tetamu Bertandang Yang Membakar Rumah

zaiduntukrakyat

Dia dijemput ke dalam rumah dengan harapan seperti, mana orang lain, diterima sebagai sebahagian daripada keluarga.

Anda melayannya bukan seperti tetamu tapi sebagai ahli keluarga. Dia dianggap sebagai ahli keluarga. Anda berikan dia peranan besar dalam keluarga bukan sekadar olok-olok atau kosmetik tetapi jawatan tinggi yang menjadi tunggak kepada kejayaan perniagaan keluarga anda.

Dia dipertanggungjawabkan dengan peranan besar, lebih besar dan penting daripada yang diberikan kepada ahli keluarga lain yang lebih kanan daripadanya yang tidak menikmati penghormatan itu sehingga kini.

Tetapi semuanya tidak mencukupi baginya. Tumpuannya bukan kepada tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Malah perjumpaan keluarga yang penting juga tidak menjadi agenda utama mahupun mengamit kehadirannya.

Dia mempunyai peluang untuk membuat kemajuan di dalam keluarga dan untuk itu sudah tentu akan mendapat pujian serta berbudi jika hanya dia melaksanakan tugas yang digalas.

Mungkin juga dia akan menerima rasa hormat dari pengkritiknya dengan menyelesaikan tugasan dalaman yang diberi. (Anda diminta untuk membasuh pinggan mangkuk bukan untuk melambakkannya di sinki dapur atau lebih teruk pecahkannya.)

Akhirnya setelah setahun berada di dalam keluarga, dia mahu berada di kedudukan nombor dua setelah ibu dan ayah dalam keluarga.

Mungkin tidak salah juga tetapi apa yang jengkel ialah cara dia mencapai hasratnya itu.

Daripada pengakuannya sendiri dia mahu meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa berselindung yakni memanggil cangkul sebagai cangkul. Keadaan ini diterima selagi dia yang melakukannya tetapi apabila pihak lain berbuat yang sama dia mula berteriak ia tidak adil malah melabelkan perbuatan itu sebagai sabotaj dan fitnah.

Saya ingin bertanya adakah seseorang yang mencipta cangkul itu akan berkata hanya dia sahaja yang berhak menggunakannya di dalam dunia ini?

Jadi bertolak daripada itu, dia berfikir adalah betul baginya untuk bercakap mengenai sesiapa sahaja tetapi tidak boleh menerima hakikat apabila perbuatan yang sama dilakukan oleh orang lain.

Dia gelarkan dirinya sebagai penyampai mesej dan mereka yang bercanggah dengannya dianggap berniat jahat untuk menghapusnya.

Itu juga boleh diterima dan dalam lingkungan haknya. Ini juga tidak mencukupi. Malah sebelum menduduki tempat kedua dalam keluarga dia dengan bangga berkata mampu menyaingi ketua keluarga.

Kemudian apabila tindakannya itu tidak disukai oleh ahli keluarga yang lain dia berkata sudah tiba masanya ketua keluarga meninggalkan rumah! Malah dituduh ketua keluarga sebagai punca segala masalah dalam rumah tangga dan ketua keluarga patut berambus jika mahu keluarga terus makmur.

Jika ini tidak dicapai dia mahu membakar rumah yang didiami pula seolah-olah berfikiran," kalau aku tidak dapat apa yang aku mahu orang juga tidak boleh mendapatkannya, rumah tanpa diriku tidak ada nilainya".

Dalam mana-mana keluarga sudah tentu ada perbezaan pendapat, rungutan dan setiap keluarga akan mengatasi semua itu dari masa ke semasa.

Tapi bukannya bertindak membakar rumah yang diduduki!

Apa moral cerita ini? Bila anda buka pintu rumah anda kepada tetamu yang bertandang ke rumah, pastikan anda bersedia memanggil bomba terdekat!

www.ongohing.wordpress.com
Seterusnya >>>

Zaid Terus Mencari “Kapal” Untuk Jadi Juragan

ZAID

Cuma tinggal satu persoalan pokok sekarang – mana satu parti  yang akan bakal diambil alih dan diterajui oleh Datuk  Zaid Ibrahim.
Sumber mengatakan usaha sudah mula digerakkan untuk membolehkan Zaid dan beberapa konconya mengambil alih sebuah parti untuk melancarkan kempen politik beliau seterusnya.
Adalah difahamkan dua daripada tiga parti yang mungkin diambil alih adalah daripada Sabah dan Sarawak.
Tidak ada sesiapa yang terkejut dengan laporan akhbar The Star yang memetik Zaid sebagai berkata bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.
Tidak ramai juga  akan gusar dengan tindakan itu, baik di dalam parti mahupun di dalam Pakatan Rakyat.  Malah, mungkin ramai akan  berasa lega.
Pagi tadi, seorang sumber yang rapat dengan kem Zaid berkata bekas ketua bahagian umno itu belum membuat keputusan muktamad dan akan memperjelaskan kedudukannya menerusi blog beliau.
Ramalan bahawa Zaid akan menubuhkan parti  mengikut acuan politiknya sendiri semakin nyata apabila beliau enggan meneruskan saingan untuk menjadi timbalan presiden PKR.
Beliau mendakwa  pemilihan parti tidak dijalankan secara telus malah berlaku penyelewengan.
Dari saat itu, Zaid memperhebatkan serangan  terhadap Anwar  – “Anwar adalah punca kepada segala masalah, Anwar memihak kepada Azmin, Anwar dan Azmin harus berundur” adalah intipati serangan yang dilontarkan oleh Zaid.
Zaid mahu menyakinkan semua orang  bahawa beliau diserang oleh pimpinan parti hanya kerana menegur proses pemilihan PKR yang pertama kali menggunakan sistem satu ahli satu undi.
“Saya dah muak  terhadap serangan-serangan peribadi ini,” kata beliau kepada akhbar The Star.
Hakikat ialah Zaid cuba menenggelamkan  bahawa beliau dan penasihat-penasihat kanannya telah mula menghentam Anwar secara peribadi dan secara terbuka jauh sebelum proses pemilihan bermula.
Di cabang-cabang tertentu, khususnya di Sabah dan Sarawak, Anwar menjadi mangsa penyebaran pelbagai fitnah, jauh sebelum pemilihan PKR bermula. Umum tahu siapa membiayai Portal Free Malaysia Today dan hubung kaitnya dengan Zaid.
Serangan-serangan oleh Zaid dan konco-konconya terhadap Anwar, dengan menggunakan Azmin sebagai alasan,  diperhebatkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Malah,  Zaid turut cuba untuk mengheret PAS dalam agendanya, dengan mencadangkan beberapa pemimpin parti Islam itu berpotensi untuk mengambil alih teraju pakatan daripada Anwar. Cubaan itu gagal kerana pemimpin PAS dapat menghidu agenda politik yang dibawa oleh Zaid.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Zaid tidak seharusnya mengaitkan parti lain dalam soal pemilihan PKR.
"Tidak perlu sabitkan PAS, sabitkan DAP dan tidak perlu juga menjadikan suasana lebih keruh. Tidak perlu nak heretkan dan babitkan yang lain," tegas beliau.
Dalam tempoh singkat kurang dua tahun dalam PKR,  Zaid dilantik sebagai ahli Biro Politik parti,  calon pilihanraya kecil Hulu Selangor dan juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan selain menjadi penyelaras untuk Pakatan Rakyat.
Zaid akan mendakwa beliau tidak melobi untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, namun kebenaran adalah sebaliknya.
Kepercayaan yang diberikan oleh parti kepada Zaid cukup tinggi, malah ramai pemimpin PKR lain yang jauh lebih lama dalam parti tidak diberikan amanah serupa itu.
Adakah semua amanah itu diberikan oleh pucuk pimpinan semata-mata untuk mencantas Zaid kemudian hari?. Tidak masuk akal.
Masalah “duri dalam daging” berlaku kerana Zaid di lihat enggan berpegang kepada keperluan untuk menjadi “team player.” atau bertindak secara berpasukan, berlainan dengan tokoh-tokoh lain seperti bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng.
Pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah bukti nyata bagaimana Zaid mencuba untuk mengendalikan kempennya sendiri dan secara berasingan daripada apa yang dirancang oleh kerajaan negeri dan ibu pejabat parti. Beliau tewas.  
Zaid tidak memperlihatkan kesediaan untuk menerima kritikan tetapi sendiri lantang mengkritik. Beliau tidak senang menerima idea dan teguran orang lain tetapi mahu pendirian beliau didokong secara bulat.
Justeru Zaid memulau mesyuarat-mesyuarat Biro Politik parti – “Membazirkan masa sahaja” Zaid memberitahu pemberita. Beliau merasakan lebih berbaloi untuk menetapkan agendanya sendiri dalam parti.
Sikap sedemikian lambat laun tentunya akan membawa padah dan pengumuman Zaid untuk keluar parti hanyalah natijah peri lakunya sendiri.
Sayugia diingatkan, Zaid bukan seorang sahaja yang mengkritik pemilhan parti, calon dan pemimpin kanan lain turut berbuat demikian namun mereka tidak pula menyerang Anwar dan bertindak keluar parti.
Mustaffa Kamil Ayub, Badrul Hisham Shahrin, N Gobalakrishnan  dan lain-lain hanya menuntut supaya pimpinan parti  menangani aduan-aduan mengenai pemilihan secara lebih tegas demi kekuatan parti.
Mereka terus mendokong perjuangan PKR. Mereka tidak menyimpan cita-cita  menjadi untuk nakhoda dalam sebuah kapal yang sudah pun mempunyai nakoda teruji.
Mereka lebih rela berusaha untuk membaiki proses pemilihan demi menyuburkan lagi demokrasi dalam PKR supaya parti it uterus bergerak atas landasan yng dituntut oleh rakyat.
Dengan meninggalkan PKR, Zaid kini mempunyai ruang luas untuk membina kapalnya sendiri dan sekali gus menjadi juragannya.
Seterusnya >>>

Zaid sahkan keluar PKR, penjelasan susulan Jumaat ini



KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti. “Saya merujuk kepada tajuk akhbar The Star (hari ini). Benar saya akan keluar parti, tetapi saya belum mengemukakan (notis) keluar daripada parti secara rasmi.
“Saya akan membuat penjelasan (susulan) menerusi kenyataan akhbar Jumaat ini,” kata beliau dalam kenyataan penjelasan yang disiarkan dalam blognya hari ini.
Dalam laporan tengah hari tadi, Bernama memetik Zaid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.
“Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi,” katanya menerusi SMS kepada Bernama pagi tadi.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakan dalaman parti.
Zaid juga dilaporkan berkata bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.
Pada 9 November lepas, Zaid turut menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.
Seterusnya >>>

Zaid tidak tolak kemungkinan keluar PKR


KUALA LUMPUR, 15 Nov — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat. Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.
“Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi,” katanya menerusi SMS kepada Bernama, di sini.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakan dalaman parti.
Zaid juga dilaporkan berkata bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 Nov lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata pucuk pimpinan PKR tidak langsungcuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.
Pada 9 Nov lepas, Zaid turut menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Mohamed Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua mereka adalah punca segala masalah dalam parti. 

— Bernama
Seterusnya >>>

Zaid Ibrahim: Tiada siapa nak ambil saya lagi


Walaupun masalah Datuk Zaid Ibrahim dilihat bermula dengan wawancaranya dengan Mingguan Malaysia yang dipertikaikan, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu kembali ke akbar Umno itu dan terus mengkritik bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab perlbagai persoalan sekitar kesetiaan poliknya pada PKR dan Anwar, Zaid mengulas lebih banyak tentang kemungkinannya menubuhknya parti baru bagi meneruskan agenda perjuangannya.

"Penubuhan parti baru ini akan memperjuangkan demokrasi tulen serta sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Jika saya menang satu dua kerusi pun alhamdulillah, saya sangat berterima kasih.

"Saya tidak ada sebuah pelan besar dalam politik," katanya sambil menjelaskan bahawa penubuhannya akan dibuat "secara kecil-kecilan".

'Konflik' Zaid (kanan) dan PKR dilihat sampai ke kemuncaknya apabila beliau mengundur diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti kerana tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat.

Beliau juga mara setapak lagi dengan meminta Anwar dan naib presiden Azmin Ali - yang juga pesaingnya dalam jawatan itu - berundur daripada PKR.

Tak minat jaga siapa naik

Dalam wawancara eksklusif satu mukasurat penuh dengan Mingguan Malaysia - versi mingguan Utusan Malaysia - hari ini, Zaid juga berazam terus memacu perubahan dan transformasi tida kira sama ada dari pembangkang atau BN.

"Kalau BN salah saya tentang dan kalau betul saya sokong. Dari dulu sampai sekarang saya ikut isu atau dasar.

"Saya tidak ada minat untuk jaga siapa yang bakal naik, perdana menteri atau ketua pembangkang. Siapa untung siapa rugi itu adalah nasib mereka," kata bekas menteri di era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.

Ditanya kenapa tidak menyertai PAS atau DAP saja daripada menubuhkan parti baru, Zaid menjawab:

"Imej saya dah macam ini tidak ada siapa yang nak ambil saya. Mereka akan kata Zaid ini pengacau."

Menurut Zaid lagi, beliau mahukan karier politiknya berakhir dengan parti politik yang menggambarkan idealismenya tidak kira sama ada ia berjaya atau pun tidak.

PAS patut terajui Pakatan
Menyentuh tentang Anwar, Zaid mendakwa ketua umum PKR itu "meletakkan badannya sendiri sebagai tidak boleh disentuh".

Manakala PKR pula disifatkan sebagai "hanya sebuah parti untuk Anwar dan kawan-kawannya".

Sementara itu, bukan sahaja Mingguan Malaysia, Zaid juga memberikan wawancaranya kepada sebuah lagi akhbar arus perdana New Straits Times, juga pada hari ini.

Bercakap kepada harian berbahasa Inggeris itu, beliau yang sebelum ini diberikan tugas sebagai penyelaras Pakatan Rakyat, membuat cadangan drastik supaya gabungan pembangkang diterajui pemimpin PAS.

Beliau menamakan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan empat anggota parlimen PAS - Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) and Khalid Samad (Shah Alam) sebagai calon-calonnya.

Bercakap soal PAS dan personalitinya secara umum, Zaid berkata parti Islam itu lebih tegas, menggambarkan keyakinan yang lebih dan dapat keluar daripada bayang-bayang Anwar.
Seterusnya >>>

Penyokong akar umbi kecewa Zaid tarik diri

Beberapa cabang PKR yang memberi sokongan kepada calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakannya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut kelmarin.

Bahkan maklum balas yang diterima dari ahli akar umbi menyatakan mereka berasa "seolah-olah dipermain-mainkan" oleh Zaid selepas bertungkus lumus menyokongnya dalam pemilihan yang berlangsung sejak dua minggu lalu.
"Beliau datang (berasal) dari Kota Bharu. Kita mengundi kerana sentimen, jadi ramai yang menyokong beliau.

"Tapi beliau buat macam ini, serang parti, cuba nak merosakkan parti, kita tidak berpuas hati... Kalau buat macam ni, lebih baik keluar dari PKR," kata ahli jawatankuasa PKR Kota Bharu Hasanudin Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Dalam pengundian di cabang Kota Bharu pada 29 Oktober lalu, Zaid mendapat 174 undi manakala Azmin Ali mendapat 11 undi. seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 25 undi.
Bagaimanapun, Hasanuddin berkata beliau ada mendengar kumpulan penyokong bekas menteri itu di Kelantan bercadang untuk mendesaknya kembali bertanding jawatan tersebut.

Menurutnya cabang berkenaaan adalah Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang yang akan mengundi Jumaat ini.

"Sejauhmana cara mereka (hendak mendesak Zaid) saya tidak pasti," katanya sambil menjangka keputusan mengundi Jumaat ini di Kelantan akan menurun disebabkan tindakan Zaid itu.

Bincang sebelum merebak

Menurutnya lagi, bukan sahaja, malah penurunan peratusan mengundi itu juga disebabkan ahli akar umbi merasakan "Azmin boleh menang" kerana persaingan hanya dua penjuru dengan ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub yang setakat ini mendapat undi terendah.

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin semakin jauh di depan dengan majoriti 2,479 undi meninggalkan Zaid dan Mustaffa.

Mengikut keputusan rasmi ibu pejabat parti, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa meraih 1,215 undi.

Bagaimanapun, tidak puas dengan perjalanan pemilihan langsung PKR yang julung kalinya diadakan itu, Zaid semalam menarik diri dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Sementara itu, timbalan ketua cabang Batu Kawan, Mansor Md Noor turut kecewa dengan tindakan Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Malah, menurut Mansor, hasil perbualannya dengan beberapa rakannya dari beberapa cabang dan akar umbi PKR, mereka turut berkongsi perasaan yang sama.

"Kalau boleh, (Datuk Zaid) boleh bawa (perkara ini) dengan berbincang. Saya tengok semakin hari semakin celaru (dalam parti). Sebelum merebak (menjadi parah) lebih baik bincang di meja rundingan," katanya.

'Pembersihan' dalam parti

Katanya, beliau sendiri akan bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya malam ini untuk mendesak Zaid menarik balik keputusannya daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

"Pengundian masih belum selesai. Masih ada harapan (untuk menang)... Kalau beliau membuat keputusan untuk teruse bertanding, beliau kembali akan mendapat sokongan," katanya.


Mansor juga mencadangkan supaya pucuk pimpinan parti "membuat perjanjian" supaya calon yang tewas "diberi tempat" dalam kepimpinan parti.
Dalam pengundian di cabang Batu Kawan pada 31 Oktober lalu, Zaid mendapat 94 undi, Azmin (59) dan Mustaffa (9).
Di Sepanggar, Sabah, naib ketua cabang Sulaiman Aladdad berkata tindakan Zaid mengundur diri bertanding jawatan terbabit bukan sahaja "mempermain-mainkan akar umbi, malah beliau seorang pemimpin yang tidak tahan dengan cabaran".

"Ahli akar umbi menyatakan berbagai pandangan mereka. Ada yang rasa pelik, ada yang berasa kecewa dan ada yang menghormati hak beliau untuk mengundur diri.

"Rata-rata pengundi menganggap (pengunduran) sebagai satu pembersihan dalam parti... Kita perlukan pemimpin tahan lasak dan setia kepada parti," katanya sambil mendesak agar pemilihan perlu diteruskan walaupun Zaid menarik diri.

Di cabang Sepanggar, Zaid mendapat 114 undi, manakala Azmin memperolehi 49 undi, sementara Mustaffa meraih 10 undi.


*print this page Print halaman ini
Seterusnya >>>

Anwar digesa berundur, Azmin dibatalkan pencalonannya – Zaid

zaid flicker1_250_220
PETALING JAYA: Ketua PKR Wilayah Persekutuan Zaid Ibrahim menggesa Ketua Umum Anwar Ibrahim mengundur diri dan Naib Presiden Azmin Ali diisytihar terbatal dari perlumbaan merebut jawatan timbalan presiden.
Bekas menteri undang-undang itu, yang menarik diri dari pertandingan jawatan timbalan presiden kelmarin, menyifatkan Azmin sebagai "penipu" dan "menyeleweng proses pemilihan".  Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti.
"Saya fikir pencalonan Azmin hendaklah dibatalkan," katanya pada satu sidang media di kediaman di sini semalam.
"Kamu tidak boleh…..hanya kerana kamu berada dalam keadaan yang getir…..memutuskan untuk mengadakan pemilihan sekali lagi.
Orang yang menyelewengan dan menipu hendaklah diisytiharkan tidak sah," katanya. Zaid merujuk kepada dakwaan baru-baru ini bahawa terdapat kepincangan di Libaran, Sandakan dan Tawau yang menyebabkan Azmin memenangi dengan jumlah undi yang besar.
"Satu keajaiban telah berlaku di tempat-tempat ini," dakwa beliau. "Keputusan ini masih terletak ke atas bahu kepimpinan Azmin.  Beliau kelihatan beriya-iya sangat hendak menawan Putrajaya sehingga beliau terlupa untuk berkhidmat kepada ahli-ahli dan rakyat," katanya.
Azmin nafi terlibat dengan penyelewengan dan kepincangan
Azmin menafikan bahawa beliau memainkan peranan di sebalik penyelewengan dan kepincangan pemilihan seperti mana yang didakwa oleh kem Zaid.
Zaid, kemudian menarik tumpuan terhadap Anwar, yang baginya merupakan punca segala masalah dalam parti, selain Azmin.
"Jika PKR hendak maju ke hadapan, Anwar dan Azmin mesti berundur," ujar beliau. "Mereka adalah punca segala masalah.  Anwar sebagai pemimpin de facto, gagal menyatu-padukan parti dan menggerakkan parti pembangkang itu dengan dasar-dasar baru.
"Anwar hendaklah berundur diri dan membiarkan orang lain mengambil alih.  Beliau sudah cukup dengan masalah peribadinya untuk diuruskan.
Azmin juga merupakan salah satu dari masalahnya.  Jadi kedua-duanya mesti mengundur diri dan biar PKR diurus dengan baik," katanya.
Kita tak boleh salahkan orang lain
Zaid juga menolak spekulasi bahawa perletakan jawatan dan kritikannya disebabkan pemilihan untuk jawatan nombor dua dalam parti itu tidak memihak kepadanya.
Sambil mendakwa tindakannya adalah ikhlas dan jujur, beliau mengakui mempunyai visi bagaimana politik Malaysia harus berjalan dengan dasar-dasar dan para pemimpin yang lebih baik.
"Kita tidak boleh mempunyai pucuk pimpinan yang lemah dan asyik menyalahkan orang lain.  Kita menyalahkan Barisan Nasional kerana kegagalan 16 September, rampas kuasa di Perak dan ahl-ahli parlimen yang melompat parti.
"Untuk PKR dirombak semula, mesti ada pucuk pimpinan yang baru.  Kita memerlukan kepimpinan yang boleh menerima kelemahan parti dan mengatasinya.
"Sudah tentu, kita menghargai sumbangan orang-orang lama tapi masa telah berubah," ujar beliau.
Menganggap PRK lemah, semakin mundur dan berpecah, Zaid memberi amaran bahawa Pakataan Rakyat juga akan menerima kesan buruknya jika PRK mengekalkan "status quo".
Tidak perlu tunjuk bukti
Zaid juga menolak desakan Anwar supaya menunjukkan bukti penyelewengan dan kepincangan dalam pemilihan supaya dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Menurut beliau, pemilihan berada dalam keadaan kacau bilau dan Anwar didakwa menolak dilakukan siasatan terhadap beratus-ratus aduan yang dibuat.
"Saya pasti Anwar tahu berlakunya penyelewengan maka tidak perlu kepada apa-apa bukti," katanya.
"Tapi jika saya terpaksa, maka saya akan kemukakan bukti – sebanyak 162 aduan dan rakaman video – kepada badan bebas seperti Bersih.
JPP sedar bahawa apa yang berlaku.  Anwar harus berhenti dari bermain politik dan berpura-pura.  Saya bukan seorang sahaja yang tidak berpuas hati.  Ada calon-calon lain yang tidak berpuas hati.
Calon yang berpuas hati hanya Azmin seorang," tambahnya. Beliau tetap dengan keputusannya untuk tidak mengemukakan surat penarikan diri secara rasmi dari pemilihan apabila ditanya mengenai hal ini.
"Apabila menyentuh mengenai peraturan, ianya sungguh ketat.  Jika mereka mahu saya kemukakan surat itu, saya akan melakukannya," katanya.
"Zaid masih dalam perlumbaan" – Saifuddin
Kelmarin, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution berkata, bahawa Zaid masih dalam perlumbaan kerana beliau hanya mengumumkan hasratnya melalui blog dan bukan menerusi notis penarikan diri.
Zaid pada awalnya enggan untuk mengemukakan notis penarikan diri, dengan menyatakan ianya tidak perlu bagi sebuah "parti yang tidak menghormati kepada prosedur".
Mengenai kemungkinan beliau akan keluar pari, Zaid dengan selamba menjawab bahawa beliau akan kekal dalam parti "jika ahli-ahli "menerima punca segala masalah dan jalan-jalan penyelesaiannya."
"Jika saya seorang diri, saya akan menilai pilihan yang tinggal," katanya, menambah, "tapi saya akan teruskan perjuangan untuk masa depan yang lebih baik untuk negara ini."
Zaid menarik diri dari perlumbaan timbalan presiden atas sebab berlakunya kepincangan dalam pemilihan.  Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti berkuatkuas serta merta.
Penarikan diri Zaid membolehkan Mustaffa Kamil Ayub memberi tentangan yang lebih hebat.  Setakat ini, Mustaffa ketinggalan jauh di belakang dari segi jumlah undi, dan Azmin kelihatan akan memenangi perlumbaan itu.


*print this page Print halaman ini
Seterusnya >>>